Sabtu, 16 Mac 2013

Aku Bukan Tarmizi.




"Oppa ganam setail.....Woppp... Woppp wooppp woooppp wooppp" Tettttt....


Bunyi talifon bimbit berpenggera milik Tarmizi, akhirnya dimatikan setelah lebih kurang tiga belas kali di-snooze dengan sengaja. Tarmizi akhirnya mengalah. Dia bangkit dan terdiam kaku di penjuru tilam.



"Malas betul nak pergi kerja hari ni. Nak kena mengadap muka budak-budak tu lagi" Bentak hati Tarmizi, sambil tangannya mencapai segulung tuala Manchester United. Tarmizi memang seorang peminat tegar Manchester United kerana dua perkara. Pertama, dia suka melihat merah jambu di pipi Alex Fergesen. Alex Furgesen? Ke Alex Ferguson? Tarmizi sendiri sering berbalah dengan kawan-kawannya disebabkan nama yg dia tak pernah hafal itu. Sebab kedua, sama seperti sebab pertama.




Setelah selesai mandi bertualakan tuala Manchester United, Tarmizi pun bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Sehelai uniform Sekeriti disarungkan ke badannya yg kadang-kadang nampak sasa, dan kadang-kadang nampak sasau. Mungkin yg nampak sasau tu, orang Melaka yg tengok agaknya. Setelah lengkap berunifom, setempek gel rambut diadunkan ke rambutnya yg akhirnya disikat ke kiri untuk menampakkan bahagian korek di sebelah kanan. Dengan segak, kemas, dan tegas, dia pun melangkah pergi ke tempat kerja.




"Truuuuttttt....tut...tut...tut....tupakademmmmm"



Tarmizi pantas menyelok poket kirinya. 



"Fak." Itu sahaja yg terpacul dari mulutnya apabila menyedari bahawa talipon bimbitnya berada di poket kanan. 




"Halo" Tarmizi memacokan suaranya. 


"Abang dah bangun ke?" Tanya seorang wanita, lemah lembut. 


"Dah. Abang dah on the very way ke tempat kerja dah pun" Balas Tarmizi sambil speaking omputeh dengan penuh pekat jawa. 


"Ishhh abang ni..... Cakap la betul-betul. Tak baik tipu tau." Keluh makwenya penuh resah.


"Betul ke bohong? Ce teke ce teke...." Kali ini Tarmizi selitkan unsur gedik gedik gedempol. 




Makwe Tarmizi memang panas. Ramai yg tergila-gilakan dia. Tarmizi sendiri, sampailah ke hari ini, masih tergila-gilakan makwe dia. Mana taknya, makwe hidung mancung pipi tersorong-sorong ni lah jenis makwe idaman lelaki-lelaki jongos. Tetapi Tarmizi tidak jongos. Dia masih mempunyai citarasa dan fitrah sebagai lelaki Melayu terakhir. Namun Tarmizi pernah mengalami episod duka dengan makwe sebelumnya. Ya, taktik yg sama juga yg Tarmizi gunakan. Tetapi malang, makwenya yg sebelum ini salah menjawab. Akhirnya, makwenya itu dikaren AC Mizal, dan sejak dari itu, hubungan mereka terbatal serta merta. 



Pagi terus berlalu pergi, meninggalkan Tarmizi dan makwenya begitu sahaja. Tarmizi pula, kini sedang sibuk membuat jadual bertugas untuk sekeriti-sekeriti bawahannya. Sejak Tarmizi dinaikkan pangkat sarjan, dia kelihatan begitu sibuk menguruskan hal-hal sekeriti bawahannya yg kebanyakan mereka terdiri daripada pakcik-pakcik separuh abad. Pernah juga sekali tu, ada budak berambut punk minta kerja sebagai sekeriti pada Tarmizi, tapi Tarmizi pantas menolak. Kes itu jadi kes besar pasal budak punk tu cuba memukul Tarmizi. Namun, setelah mendapat tahu bahawa Tarmizi juga seorang yg punk kerana tinggal di Ampunk, budak itu pun serender dan berlalu pergi. 












"Trutttt....Truuuttttttt... Trutttt......."


"Hello Encik Tarmizi...."


"Ye. Carik siapa?"


"Ni Tarmizi sekeriti tu kan??"


"Oh. Ni bukan dia. Dia dah tak pakai no ni, encik"


"Oh yeke. Habis ni sapa?"


"Bukan Tarmizi."


"Ooo... Ok ok, sori ye"








Benda ni selalu jadi pada aku. Sudahlah carik Tarmizi, boleh pulak tanya aku siapa. Tapi setiap kali orang talifon aku dan mencari Tarmizi, Tarmizi yg mampu aku gambarkan adalah Tarmizi seperti cerita di atas. 




2 ulasan:

Si Tracey berkata...

Macam rasa lucu je bila baca entri ni..tapi part mana tak tahu la..:) haha
blogwalk disni :)

Lingerie sexy berkata...

Lingerie sexy