Selasa, 26 Februari 2013

Sosialisasi.









MiRC ni engkorang tau tak apa benda? Kalau tak tahu, nampak sangat zaman budak-budak engkorang dulu tak canggih. MiRC ni kira macam satu laman sosial yg digunakan untuk berchatting dengan orang yg entah tak tentu hala dan dari mana hala serta nak kemana hala pun, kau sendiri tak tahu. Orang yg kau chatting tu pulak sebijik macam engko. Masing-masing takde hala, lepastu bantei la beborak pung pang pung pang. Paling sedap MiRC ni bila menyamar guna nama Putera la, Puteri la, Comel la, Ayu la, memang sedap. Padehei Ayu dan Comel yg engko tengah chat tu entah ke jenis yg bertahik lalat bebulu dekat pipi lepastu pulak tengah jilat aiskrim comot sampei ke dahi pun, bukannya engko tahu.










Lepastu naik pulak scene Yahoo Messenger. Ini lagi sedap pasei ko chat dengan orang yg engko kenal. Kira kenal la, pasal nak kena add emel orang tu dulu baru boleh berchatting. Pung pang pung pang buzz sana buzz sini tegur orang tu tegur orang ni. Lama-lama bila bosan, duduk invi pulak perati orang yg online. Lepastu beborak pulak dalam grup. Kalau jemu, videokem terus. Untung-untung kadang tu dapat jugak beborak dengan Bot yg jenis ajak webkem benda lucah, spam dan sebagainya.













Scene YM ni sama naik dengan scene Friendster. Buatlah wolpaper, apdet status, taruk gambar, komen orang, add makwe pakwe cun hensem. Yg lelaki semua menipu pakat letak gambar Ronaldo konon-konon hensem, yg perempuan pulak letak gambar Avril Lavigne konon-konon ayu. Ada jugak yg buat perangai pelik pegi letak gambar M Daud Kilau dan Azwan Ali.














Selain YM dan Friendster yg mencanak naik, masa tu pulak MySpace pun nak jugak naik. Bukak satu akaun, bubuh la gambar paling hipster sekali dan sibuk add artis-artis yg masa tu pun sibuk nak naik guna MySpace sebagai medium untuk jadi femes. Komen sana komen sini, pung pang pung pang jugak.
Mark Zurkerberg yg main MySpace pun rasa tak tenang masa tu. Itu pasei lepastu terus dia cipta Facebook.











Ini paling pawer. Pada awal penubuhannya, ramai yg bukak akaun letak nama mengarut-mengarut. Apdet status selang seminit, aplod gambar, luah perasaan tak puas hati, komen campak merata, like sana sini. Seronok masing-masing main game la, kuiz la, sampei mak panggil makan nasik pun, dia tak endah, walaupun dia tahu fesbuk tu tak boleh dikunyah dan ditelan masuk ke dalam perut.




Pada zaman pertengahan pulak, tak main dah balas komen. Semua balas pakai wolpos je. Masing-masing taksub nak buat grup, pos, diskas. Kerja sekolah, esaimen, semua letak dekat fesbuk. Ada masalah, kongsi. Ada program apa-apa, semua rancang melalui Facebook je.




Bila masuk zaman akhir, macam-macam. Dari sudut pengapdetan status je, dah boleh kenal orang tu jenis macam mana. Status ilmiah, emosi, mencarut, maki hamun, politikus, anti-kerajaan, cintan-cintun, motivasi diri, sindiran, lirik lagu, tips kecantikan, petua, pemuda, jual barang, ulasan bolasepak, ulasan drama, pertanyaan umum, kepenatan diri, kebosanan dan kesusilaan, puja artis, rungutan, resipi bancuh kopi dan resipi ayam masak merah, kutuk buletin utama, putus cinta, syok sendiri, dan macam-macam benda lagi lah. Lagi pulak, undangan main game punyalah banyak sampai dah sama banyak dengan undangan perkahwinan. Semua pun sibuk share kata-kata motivasi, kata-kata cinta, dan kata-kata mu hanya mimpi disiang hari.  












Itu baru Facebook, belum Twitter lagi. Budak-budak yg jenis baru bebas dari UPSR, tengah mengejar PMR lepastu berangan nak cemerlang SPM, memang bersepah. Paling pawer bila baca bio dia, yg jenis macam ni "suka kucing, benci anjing, jangan rampas @namabalakdia dari saya, i love him! Muahhh XoXo!". Kah kah kah macam cilake. Pegi la habiskan dulu belajar Parameswara berasal dari mana, ikan bernafas guna apa, dan 2x + 3y = ? dulu.
















Lepas Twitter, semua nak bukak Instagram. Bubuhlah gambar makanan berderet-deret. Semua menggiurkan dan ada jugak yg meloyakan. Kalau tak makanan, tuan dia yg meloyakan. Pasti tiba satu masa nanti, bila datang nak makan dekat restoran, pelayan yg tukang amik oder tu tak bagi menu dah. Dia terus hulur talipon dia, bukak instagram je. Hah pilihla engko nak makan mende. Takpun engko yg bukak talipon ko, tunjuk instagram ko dekat dia. Tanya ada jual ke tak makanan tu dekat situ. Setel.







***




Sebelum tidur tu, eloklah kita fikir balik. Mampu ke tidak kita hidup tanpa bersosial? Mesti akan ada yg rasa so sial lah kalau tak bersosial. Kan? Anti-sosial pun susah jugak. Orang lain dah sampai Pluto, engko masih lagi katak melalak dibawah tempurung yg berada dalam kotak yg dibawah cermin kopak di dalam sebuah teratak nun dihujung kampung.





























  

4 ulasan:

Juno berkata...

Ah entri kau tak lengkap tanpa Kampung Chat.

Ha itu baru jijik.

OrenLimau berkata...

hahahahhaa.dah.tu je.nanti sambungan aku komen tang lain

tikusmando berkata...

Kampung chat tak pawer macam mamak.

tikusmando berkata...

Sambungan pekebenda?