Selasa, 19 Februari 2013

Sudah Ke Belum?








00:00

Ini masa pergi melawat bunga pakma atau nama samarannya bunga rafflesia. Masa ni Bulat baru reda pasei sesak napeh. Ada bayi nak keluo dari perut agaknya. Entah kembar berapa, itu aku tak tau. Tengok gaya, macam kembo enam. Jalan nak pegi melawat bunga tu, adelah mencanak sikit. Tak sampei 100 meter pun, tapi dekat 4 5 kali berenti jugak la. Semua bagi sokongan moral dan lontaran vokal ke Bulat. "Semua ni mindset je!!!" Begitulah setianya kawan bagaikan Setiawan.




00:07

Aku cukup geram kalau masa aku memandu, orang sebelah aku yg konon-konon kopailet, bantei tido. Karang kalo aku join kejap lagi, semua dalam kereta tu tido terus kejap lagi kang. Tido tu pulak jenis tak beringat. Bukan main lentok lagi. Nasib baik tak bedengko. Kalo bedengko, memang aku campak je keluo ikut tingkap. Tapi kalo Bulat yg bedengko, tak lojik la nak campak ikut tingkap. Kurang-kurang pun kena bukak pintu belakang dengan pintu depan, baru boleh nak campak dia keluo.




00:15

Ini aku tengah cuba nak kejo Fad. Dia punya bawak kereta, kalo pelesit tengok, pelesit pun boleh down. Jenis tak ambik iktibar walaupun baru lepeh begambo dengan AES.




00:28

Muka jenis kalau buat topeng, takkan boleh sarung punya. Ketat nak mampus.




01:18

"Bodo..."




01:22

Kata-kata aluan. Amende ntah, dah macam takde waktu lain nak suruh bagi sepatah dua kata. Nak melahap nasik lemak pun tak senang dan tak tenang. Ok, nasik lemak tu sedap. Makwe yg jual pun sedap mata memandang.




01:45

Mata tu bukak betul-betul. Mana ada mencarut dekat situ.




03:14

Inilah definisi tepat erti sebuah kecomelan. Anomnomnomnom.




03:29

Aktiviti paling berilmiah dalam hutan, selepas selesai melahap nasik mentah yg dimasak oleh tukang masak yg masih mentah.




04:07

Singgah Lata Kekabu dalam perjalan pulang dari Gerik menuju ke Ipoh. Utamakan kebersihan. Buang sampah di tempat yg disediakan. Masa tu, aku baru terfikir nak buang Iqbal merata-rata, langsung aku tak jadi. Dekat sini jugaklah Bulat menyebabkan kereta aku sagat dengan jalan tar. Lepastu aku tinggalkan dia tepi jalan, biar dia maraton sikit supaya dia insaf. Dekat sini jugaklah kamera digitel dia tercicior, lepeh tu dia kena patah balik ke belakang dan patah balik ke kereta bila dah jumpa kamera dia.




04:18

Celake aku mati-mati ingat deme nak ambik gambo je. Bukan nak kabo awei-awei. Tapi Lata Kekabu ni serius sejuk. Aku baru duduk dekat batu, belum masuk dalam air lagi, udah menggeleto macam musibat. Itu baru menggeleto, belum menggeletis lagi tu.




05:01

Dari kiri,

Bulat, Jebronkhorst, adik orang asli 1, adik orang asli 2, mak orang asli, abang ngah orang asli, kak long orang asli, orang tak asli yg menyamo asli (belakang Fad), Zuly, Naim Talib, Penyumpit.











***







Sampei je Ipoh malam tu, sambung karaoke pulak. Jenis stamina-mina kuda deme ni gamaknya.










Tiada ulasan: