Rabu, 30 Januari 2013

Koc Wanita.






Punyalah binatang, semalam.




Datang lambat tu aku takde hal lagi. Tapi kalau dah sekali datang, lepastu dah tak ada lagi dah, ini yg jadi masalah.




Sebenarnya, timing KTM ni dah banyak kali dah orang duk merungut kata kelaut. Entah ke jadi nelayan aku tak tahulah. Tapi semalam tetap paling binatang.





Elok je tren yg last sampai, betul-betul berhenti depan aku adalah koc wanita. Kalau dah koc wanita terang-terang depan aku, takkanlah aku nak masuk pulak kan? Sebagai lelaki ini yg selalu mencinta, aku selamba je menapak ke koc yg lagi belakang.




Kena pulak itu time, ada 2 orang brader pun menapak ke koc yg belakang. Jadi aku jadi lagi tenang. Tapi yg menariknya, deme berdua tak berniat nak naik tren tu. Jadi elok aku sampei je ke koc yg belakang sikit tu, pintu dia terus tutup. Khinzir!




Masa pintu tren tu tutup, ada seorang pakcik kerja KTM ni pandang aku. Aku pun apa lagi, "Aikkk apesal tutup ni pakcik?", dengan nada separuh sopan.




"Laaa apesal tak naik je tadi?" Balas pakcik tu, macam nak ajak bergaduh.




"Tadi tu koc wanita, takkan la saya nak naik" Aku menjelaskan dengan penuh tertib.




"Naik jela dulu, nanti kamu rentas la ke belakang..."



Walaupun pakcik tu takdelah sehensem mana, tapi bijak jugak dia. Untuk orang yg jarang naik tren macam aku ni, mana sempat dah nak berpikir bijak masa tu. Lagipun, aku masa kecik dulu mana minum susu dumex. Pakcik tu pulak, bukannya nak suruh time tren tu berhenti tadi. Ini tren dah sebatu, baru nak lontarkan idea bijak, tak guna jugak pakcik.



"Surau mana surau?" Tanya aku untuk menenangkan pakcik tu, yg kelihatan lebih resah daripada aku.




"Surau ada belakang sana, tapi tak boleh tidur dalam surau tau" Jawab pakcik tu.




Ni satu lagi aku hangin. Aku dah la terlepas tren paling last but not least. Dia boleh pulak ingat aku ni musafir yg nak bantei tido dekat surau. Kalau aku musafir, dia tu apa? Musibat?





Malam tu, aku terpaksa guna talian hayat terakhir yg paling pawer, untuk meloloskan diri dari KTM Sg Buloh.




Aku berharap agar lepas PRU nanti, koc wanita akan direka supaya tak panjang sangat. Jadi mudahlah sikit perjalanan orang lelaki yg panjang akal macam aku, untuk ke koc yg bukan wanita. Jimat sikit masa.




Disamping itu, KTM atau nama saintifiknya Keretapi Tanah Melayu, kalau boleh cukuplah ada nama Melayu dekat belakang tu. Janganlah janji pun nak Melayu jugak. Memang me-layu la orang tunggu.




Dan paling penting, mentaliti pakcik-pakcik zaman sekarang ni haruslah diubah dan digilap. Kalau ada anak muda tanya surau dekat mana, tak bermakna dia nak tidur dekat situ.






Dah, aku nak tidur ni. Tapi bukan dekat surau la. Malas aku nak sembang panjang-panjang pasal kebodohan diri. Sebenarnya aku tak sembang pasal kebodohan diri sendiri, aku sembang pasal diri aku diperbodohkan.




















2 ulasan:

OrenLimau berkata...

apsal ko banyak berleter sekarang ZAG?

Nazreen Hashim berkata...

aku cadangkan train tu di dabel deker kan? xde le pangjang sgt.