Rabu, 30 Januari 2013

Retis.






Itu hari lepas aktiviti berpeluh bersama bebudak sekoloh awal tengah malam yg lalu, lepak di Ampang dan terserempak Andy Flop Poppy nak kunyanyikan kau laguuu rinduuuu seindahnya sinar mentari seanggunnya sinar rembulan.



Masa lepak tengok Menyu Liverpul dekat Rasta, tebel sebelah pulak ada Mojo andai kubercinta lagiiii satuuu hariiii nantiiiiii.




Itu hari masa pergi Rock 4 Rights, jumpa pulak Jennifer juri program Versus. Celaka yg ni aku tak tahu lagu dia macam mana. Ke memang takde lagu?




Hujung minggu haritu masa dekat pot nasik ganja Ipoh, ada Lan and The Typewriter tengah melahap nasik ganja. Harap-harap tak masuk surat khabar, hal-hal artis dengan ganja ni.







Terpikir jugak aku, entah apa la perasaan deme bila terserempak dengan aku. Lagi-lagi kalau Izara Aishah dengan Hannah Tan pulak tu yg terserempak dengan aku. Mau kena peluk jugakla aku ni.








Tiada ulasan: