Selasa, 25 September 2012

Tandas Hotel Yg Hensem.





Pada suatu pagi yg tenang yg aku memang langsung tak sangka ada buaya, aku telah ke sebuah hotel mewah yg terletak di sekitar Kolumpo atas urusan kerja. Hotel mewah yg kelihatan begitu gah dan hensem itu, memang mempunyai layanan yg terbaik serba serbi. Mana taknya, ketibaan aku disitu disambut manis dengan senyuman dan protokol yg penuh tatatertib oleh pihak pekerja hotel terbabit, lebih-lebih lagi yg wanita. 



Sepanjang aku berurusan rasmi disitu, aku sempat perhatikan susuk tubuh hotel itu sepenuhnya. Setelah membuat kajian, aku juga berjaya menemui satu pelusuk tempat yg penting dimana tempat itu digunakan sepenuhnya oleh mereka yg berhajat besar untuk melepaskan hajat.




Ya. Tandas sememangnya satu aspek penting sesebuah hotel. Bak kata omputeh, jangan menilai sebuah buku berdasarkan kulit depannya. Begitu juga hotel. Percaya atau tidak, reputasi sesebuah hotel terletak pada tandasnya. Jika berbau tandas itu, maka reputasi hotel tersebut turut berbau. Jika kemas tandas itu, maka kemaslah sasiah hotel tersebut. Jika licin tandas hotel itu, maka terjatuhlah orang dalam tandas. Jika tandas hotel terlalu urban, maka banyaklah orang yg kencing berdiri, dan banyaklah lagi jika jika yg lain yg aku malas nak sertakan disini. 




Bercakap hal tandas, aku peratikan tandas hotel itu hari sangatlah mewah dan kemas. Pastinya hati senang sekali untuk melakukan sebarang urusan tak rasmi di dalam tandas itu, jika melihat dari pintu masuknya sahaja. Di dalam pula, terdapat 2 buah tandas dan sebaris pot kencing bediri serta sinki. Kemudahan yg boleh didapati di mana-mana jua tandas diseluruh Malaysia. Oh ye, bagi yg lelaki je. Yg perempuan entah, ada ke?




Setibanya di pintu tandas yg pertama, aku dapati bahawa terdapat sekumpulan $%^& terbiar yg sedang enak bermandi manda bagaikan sedang menikmati keindahan sebuah kolam renang. $%^& pada ketika itu sedang asyik bergelumang sesama sendiri. Tanpa banyak hal, aku terus bertukar ke tandas sebelahnya dengan niat tidak mahu mengganggu ketenteraman $%^& - $%^& terbiar itu. 




Di sebelah pula lain ceritanya. Permukaan masih putih suci bak safee safi. Namun begitu, terdapat satu masalah utama bagi seseorang yg oppa kampung style macam aku. Keadaan mula bertukar cemas. Tiada sebarang tanda-tanda wujudnya pili air di dinding tandas. Tambah meresahkan apabila tandas itu menggunakan sistem "pancutan air dari lubang" yg sedikit pun tidak pernah aku tahu kepenggunaannya dan langsung tidak pernah aku praktikkan dimana-mana tempat yg praktikal. 




Dengan penuh hati-hati, aku segera menyengetkan otak badan untuk disandarkan pada kenangan dinding sisi tandas, dan memulas perlahan pili di belakang tandas. 




Sssssstttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt ....... !!!!!!





Percikan air menembak laju bagaikan pancutan air pili bomba, terus menghala ke pintu tandas. 





Mujur aku menggunakan pendekatan yg betul dalam menghendel situasi itu. Bayangkan kalau aku berdiri betul-betul menghadap lubang jamban, entah apa jadi pada pakaian kemas ala-ala eksekutif aku pada ketika itu. Celake itu baru pulas sikit, dia punya memancut dah macam gitu. 








Inilah masalahnya bila sistem perpaipan tandas dicampur adukkan dengan sistem perpaipan bomba. 





Bagi orang intelektual yg penuh wawasan macam aku, itu merupakan situasi kecil yg kadang-kadang boleh menaikkan angin badan. 






Tiada ulasan: