Isnin, 4 Februari 2013

Cicakman 3.






Pernahkah terlintas di fikiran, bahawa benda yg biasa kau nampak bertempek di dinding, tiba-tiba mengambil kesempatan dan mencabul kehormatan kau? Pernah terfikir?




Aku langsung tak pernah terfikir yg kesucian aku selama ni, bakal diragut oleh benda-benda yg macam tu.





Hujung minggu lepas, aku ke KLPAC untuk sedikit aktiviti seni. Aktiviti seni, tak semestinya ada dekat Pasar Seni je. Semenjak sibuk bekerja ni, hujung minggu adalah perkara paling penting dalam hidup aku. Jadi, aku pinjam hujung minggu aku untuk menikmati TWKUA, Khottal, Deepset, Shizuka dan DDA.



Habis satu pasukan main, duduk lepak-lepak luar lepastu masuk semula kedalam. Paling aku ingat, masa Deepset tengah main, aku cuba berikan fokus 100%. Tapi sayang, hanya 35.7% je fokus yg dapat aku berikan dan baki fokus yg lain itu, aku jenuh memikirkan beghuk mana la yg duk geletek-geletek belakang aku.





Aku cuba bertenang. Setelah berjaya bertenang, aku dapati bahawa beghuk itu sebenarnya bukanlah beghuk. Benda yg suka menempel dekat dinding, kali ini dia pilih badan aku untuk menempel.




Menggelupur jugaklah aku taim tu. Tapi nasib baik tak ada yg perasan pasei semua orang tengah khusyuk layan Deepset. Kalau ada yg perasan sekalipun, pastinya mereka bersangka baik pada aku dengan memikirkan bahawa aku dengan deepnya tengah melayan Deepset.



Masa tu, aku fikir 2 benda je. Kalau tak mengkarung, konfem cicak. Tapi dari cara dia bertawaf dekat badan aku, aku rasa ini bukan sembarangan cicak. Ini cicakman ni.




Sampai aje dia ke bahu aku, aku terus tangkap. Dapat!




Lama jugaklah aku tangkap cicak tu. Aku pegang je bahu sendiri. Bila orang pandang, aku buat-buat lenguh bahu gaya iklan Ameltz Yoko Yoko tu. Masa tu aku tengah cari idea macam mana nak keluarkan cicakman tu dari baju aku.




Mujur aku ada member-member yg boleh dipercayai dan diharap. Aku mintak tolong saudara Acap untuk genggam cicak tu. Acap pun genggam cicak dekat dalam baju aku sekitar area bahu, sambil Farid SMJ dan Fad eskot aku ke tandas.



Celake. Udah rupa penjenayah yg baru kena tahan dek polis je. Kena pulak Acap dengan Farid SMJ pakei kasut DocMart. Peh, sebijik macam budak skinhead nak balun orang.




Sampei aje dekat tandeh, teruih aku bukak baju. Serta merta jatuhlah seekor cicak ke lantai. Seekor cicak yg aku maksudkan adalah, ekor dia je. Cicak tu masih dalam genggaman Acap. Dia pun tak tahu macam mana nak keluarkan.




Bila aku nampak je ekor cicak tu dekat lantai, aku jadi membara. Mana taknya, cicak tu ingat badan aku ni balapan ke apa suka-suka hati dia nak main lari-lari manja? Rasa macam nak pijak aje sampei lumat. Tapi aku masih berperikebinatangan. Aku rasa inilah balasannya kerana menjadikan aktiviti melastik cicak sebagai hobi masa sekolah asrama dulu tatkala insan lain sibuk tengah belajar waktu prep.








Malam tu, aku rasa akulah yg paling cicakman sekali di dunia.






Tiada ulasan: