Sabtu, 16 Februari 2013

Banding dan Belum.





Itu hari aku dengan enam anak muda wawasan 2020 yg lain (Baca: Pre-#OkJomBelum), telah menyudahkan hasrat jelajah Tasik Banding dan kepala hutan Belum. Sebagai pemuda berwawasan 2020, maka segala jenis perancangan yg dibuat sentiasa mengamalkan konsep last minute dan mengambil kira faktor kepuasan, juga faktor ketepatan masa. Oleh itu, sebagai seorang yg sangat menitikberatkan soal masa dan juga sering buang masa, maka aku dengan rela hatinya menggalas tugas mengumpulkan ahli-ahli jelajah.



Ekspedisi kali ini nampak mudah di tuiter, tapi hakikatnya, bukan mudah untukku sembunyikan duka dan gundah.



Dikesempatan ini aku ingin melunakkan rasa terima kasih kepada Jebronchorst kerana begitu tegas dalam soal menyetting program Belum ini daripada angan-angan mat jenin, menjadi realiti tok kaduk. Oleh yg demikian, malam sebelum ke Belum, aku begitu bizi menalifon sana menalifon sini dan menalifon situ. Macam-macam ragam ada. Ada yg bila aku talifon tak nak angkat, tapi bila aku tengah talifon orang lain baru la dia kalut talifon aku. Ada jugak yg jenis talifon sekali terus angkat, tapi entah ke ceruk mak yeh mana dia duduk sampei line tak clear. Ada jugak yg jenis pakei talifon tapi bagi kucing main talifon. Haram sampei ke sudah tak berangkat-angkat.





Secara ringkasnya, Belum memang sebuah hutan yg berpemandangan indah. Pembahagian tugas dilakukan secara teratur dan tertib. Masing-masing tahu peranan masing-masing. Mana yg nak pasang khemah, mana yg nak buat unggun api, mana yg memasak, mana yg cuci pinggan, bancuh air, pasang buaian gantung, buat penyidai baju, main terup, mandi, berak sambil halau tahi sendiri, dan macam-macam lagi.




Pada sesiapa yg tak tahu apa yg jadi dekat sana, bolehlah ambik pengajaran dan pengetahuan sikit di Hari Mula [Catatan Banding; 10 Feburuari 2013]. Ini baru hari pertama, hari kedua pulak lain ceritanya. Ah baca sendirilah dekat Hari Berakhir [Catatan Banding; 11 Februari 2013].


Tugas Encik O memang semata-mata untuk membuat laporan lengkap serta minit program untuk aktiviti kali ini. Kalau dia tak buat, aku tak teragak-agak nak hulur tangan dan salam dia.




Ye engko la. Mana ada pelampung lain lagi dah dekat Belum sana. 




Bahagian masak-memasak ha masaklah engko, Encik Naim dan Brader Iqbal setelkan. Kalau selama ini aku selalu makan telur separuh masak je, malam itu dapat juga aku merasa nasik separuh masak. Mujur sardin daripada pelbagai jenis jenama unggul, bila digaulkan sekali tidaklah mengecewakan.




Tolong jangan konfius. Tukang masak berbaju Malaysia itu sebenarnya bukan S.Kunanlan. Yg tak nampak muka tu pulak, nama dia Naim. Muka dia terlalu bengis untuk diketengahkan dalam blog ini. 




Hal-hal berkaitan keselamatan persekitaran dan ketenteraman setempat pula dikelolakan oleh Fad. Dia bertnggungjawab dalam kerja-kerja membuat ampaian, memasang khemah, buaian gantung, dan paling penting keselamatan di waktu malam. Tapi dalam jam 9 malam, dia dah bantai tido dah dalam khemah sorang-sorang. 



Duduk dihadapan bot bertujuan untuk menyelamat sesiapa sahaja yg terjerumus ke lembah tasik.




Malam itu terdapat cadangan untuk mengadakan aktiviti seperti malam kebudayaan. 3 orang ahli pengakap sekolah iaitu aku, O dan Naim buntu tidak tahu apa yg mahu dipersembahkan. Begitu juga dengan 3 orang ahli kadet bomba yg terdiri dari Jebronchorst, Fad, dan Zuly the Binats. Walaubagaimanapun, Iqbal Putut yakni seorang ahli kadet remaja sekolah yg memang sejak dari sekolah lagi ahli lelakinya ada 3 orang sahaja, tetap tenang meneruskan aktiviti mentanak nasik. 



***




Antara sifat muhibbah yg dipupuk ketika disana:



Menyumpit Pork. 


Mengkaji perumahan orang asli.


Bergambar dengan artis asli.


Menyalakan api kemarahan.


 Berlakon seperti pertama kali naik bot.


 Mencari tongkat Ali, Abu, dan Ahmad Idham


Menyarungkan life jeket kepada Pelampung hidup.


Pura-pura terkejut.


Melihat dan menghayati erti sebuah bunga rafflesia.


Oppa Belum Style.


Chalet asli.


Ini paling aku tak puas hati. Macam mana dia boleh sempat tekel satu makwe sana. 


Epik punya sejuk


Men-duckface-kan Rafflesia.






Percayalah, Belum ni sebenarnya bukan mitos. Semua berkaitan Belum, yg belum dan sudah kami lalui, semuanya bermula di SINI.

















Tiada ulasan: