Isnin, 21 Januari 2013

Berkulat.





Aku sebenarnya mahu buat kambek dalam kancah penulisan ni. Cuma, masa aku tak berapa nak ada pasal sibuk sikit mencari setitik peluh petani dan sekelumit lauk. 




Dekat tempat kerja aku, konsep dia memang 1Malaysia. Memang tak kira warna kulit, kepercayaan, dan susun atur bahasa. Aku takde masalah sangat nak berhadapan dengan konsep yg Dato' Seri Najib bawak ni, pasal aku memang bukan jenis yg resis. 




Pernah makan roti




Roti kalau dibiar lama-lama melebihi tarikh luput, akan ada sejenis benda yg dipanggil kulat, yg akan tumbuh merata pada roti tu. Aku percaya, kulat bukanlah benda yg baik untuk kesihatan kita. 



Sepanjang hampir dua dekad lebih aku hidup ni, itulah kepercayaan yg aku ada terhadap kulat. Mungkin itu perkara pertama yg boleh aku bayangkan jika ada isu berbangkit mengenai kulat. Tapi aku tak sangka baru-baru ini, persepsi aku terhadap sesuatu yg digelar 'kulat' mula goyang dan berubah.




Seorang akak berbangsa India dekat tempat kerja aku, itu hari telah menyalahgunakan kulat.




Aku tak pasti apa hukuman atau denda mahupun saman, kalau kau salah gunakan kulat di dalam kehidupan seharian. Aku agak, perbuatan menyalahgunakan kulat ni tak berat sangat kot. 




Di dalam sebuah ruang, dimana disitu terdapat seorang lelaki dan seorang wanita, dan disusuli kecurigaan. 




"Hei u orang berkulat ke hah?"




Sumpah. Itu bukan berkulat.






Itu yg orang kita gelar sebagai, 




BERKHALWAT.




 








3 ulasan:

mahfudz berkata...

hahahah.....good job akak...h_h berkulat....hahahah

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

Hahahahahhaa.....
tegelak besar aku...siot jerk...
Good2....
:'D

sherry berkata...

woi..lawak woi..hahahahaha