Sabtu, 25 Jun 2011

Awan yg mendung jangan disangka tiada buaya.

Awan sedikit mendung dan gelap tatkala tiga sekawan sedang mengorak langkah di bumi bukan semenanjung, untuk mengisi ruang kekosongan di hati dan perut masing-masing. Langkah demi langkah terus diorak, rutin harian tetap diteruskan. Angin yg bertiup lembut juga bagaikan sensor memberi isyarat yg sesuatu bakal terjadi sebentar lagi.




"Abang....tolong saya bang!!!" Jerit seorang brader lingkungan 25 lebih-an.



Tanpa berfikir panjang, seorang daripada kami bertiga terus melencongkan langkah ke tempat kejadian. Aku pula, masih terpinga-pinga apabila melihat situasi itu. Secara live. Macam-macam persoalan turut timbul dan tenggelam di dalam benak fikiran aku. Walaupun, aku tidaklah benak mana pun.




Seorang brader, menindih seorang wanita, dengan kedua-dua tangan wanita itu digenggam erat ke jalan tar. Kelihatan disebelah mereka bergomol, ada sebiji kereta kancil. Aksi seperti itu kerap kali diperlihatkan dalam adegan-adegan rogol dan adegan pergelutan di filem.



Melihatkan sahaja situasi Bunkface itu, aku juga menggegaskan diri aku ke tempat kejadian. Walaubagaimanapun, kepala aku masih lagi tidak henti-henti memikirkan tentang situasi sebenar kejadian itu. Persoalan demi persoalan timbul tanpa sebarang penjawapan.




Adakah ini satu taktik kotor yg digunakan oleh perompak, untuk menyamun?



atau,



Adakah perempuan itu sedang nazak dan perlukan bantuan CPR?

*yg ini, aku betul-betul semangat.


atau,


Perempuan ini sedang dalam situasi nak melahirkan anak kah? Kenapa perutnya kempis dan pinggangnya selim?



atau,



Gila apa brader ni kalau nak merogol nak ajak orang lain sama? Dahla tepi jalan, betul-betul depan IPD Polis pulak tu.



atau,



atau-atau yg lain.







"Dik, cepat dik, tolong pegang dia. Jangan bagi dia terlepas. Dia ni, nak bunuh diri!" Brader tu meminta pertolongan dengan wajah yg cemas berpeluh-peluh. Walaupun dialog ditukar tiba-tiba kepada "Dik", brader itu tetap tampak cool dengan kemeja yg masih tuck in kedalam seluar slek. Lagak seperti usahawan muda.




Aku betul-betul bingung. Terasa serba salah untuk memegang wanita itu begitu sahaja. Sudahlah dia telah ditengking tadi, dia tampak tak bermaya terdampar di jalan tar itu. Badannya yg kecil, serta kain baju kurungnya yg terselak, membuatkan aku menjadi malu tapi mahu. Wanita itu akhirnya bangun sendiri. Dia sepertinya segan dengan kehadiran kami bertiga disitu, dan terus masuk ke dalam kereta kancilnya sambil berkata "Takde ape-ape dik, adik pergilah. Balai polis dekat je pun, depan tu je".




Namun, brader itu masih tak mengizinkan. "Dik, jangan dik. Mintak tolong tunggu kejap, dia tu tengah tak betul tu. Tadi dia nak pandu kereta ni ke tengah jalan lepastu nak langgar tembok. Kunci kereta dia, abang dah ambil. Cuma sekarang ni, abang nak mintak adik tunggu sekejap. Abang nak kol kawan abang kejap, kalau adik ada sini, dia malu sikit." Begitulah hujah brader itu, sambil berselang-seli dengan wanita itu yg menyuruh kami blah.




Serba salah. Tidak tahu mana betul mana salah. Tidak tahu apa puncanya.





***



"Sorilah dik ye, sebab kenal pun dengan cara yg macam ni." Brader tu terus memacu BMW entah siri-siri apa ntah, tak pernah aku peduli.



Malam itu, perjalanan kami mencari sesuap nasi, dipermudahkan. Tiba sahaja di Satok, sebuah tempat mencari makan yg pelbagai, serta makwe-makwe yg memang perghhh, semua mata memerhati. Pakaian yg selekeh, keluar daripada BM.






Apahal lu orang semua pandang-pandang? Tu driver je. Ze ha ha ha ha ha







Bila aku tengok balik, tajuk tu macam separa bangang je kaitan dia dengan cerita.

Ahad, 19 Jun 2011

jhgnbv7d46byd4S#W^$I^O&PNMBN Tcv4vb 767M*N&B*^C%Vbnm, bvcbd.



fkjw BFKJBBnbjbjbdjbBBWJBJLN9h7T6TFVGUByfFbt6DCV YLFYFTd  ulDT DUTUDhf yf TDTy6dli6d6D6LDSTDTULddYF6DL6diy6fi6i6Di6lfli6fi Y&F7f7ifFFD7F.O7 ; DE86 VDRC46US 4DTD iF6D5DFLDIF6FR 5L FYGU;EHGIEHGEHGJGIEH80 Q 3UH3H PHHV 3QPH['H8[Hg[ghu 3gquvh3uohtu3h;o qu;voahh38O8 HOVH38OHQ3O H8u uo HVO8HTOHIHMVWJ489HJ;ljnhihiehahvhriehaihajlnqp bhj
[jqjr ojbnp
nqevh njvibiebgibgrueh vobv'o auov87gh'o8gq3rcgboihihh3v q79c72hug97rv6d57c4x6c7il rv7ec4si6uv d 66D D5D6 D6D6DRI6DRI6D6ID6ID I6D6Ifo/7of7ofr;/8p yft rdcs3x5w43r7p poim;o,kjnhbnfv5c d46DS SCD5YUDCDV6IB OP'YN GYFO Ff6du6t8guph8g 7f D66 D7;T[9 8F7D445S57f7gi7f5d57dsri7ld5ssa4 zcvjbkhlhnbgu  vD4YFIUUGHGR7f hgd57ib8fvcd46v5v7b;npd 64yuvbinm


H UGCRBYFKULGCYTXUHJhvjhgivcr6dcrtvfgbho;nb vcrxtbunym;nbv xjkbln;nbvcBBH XTBHONBDUBYIVTZXWSD FIVUGHNOM,P'PJMNHYBGFDTRS3sc3swt4ueufiv obbfiuC S4 4SU5RKBBGBUN;N BGTUIBLft dvuv76fd4scxwcyvunMJOH UGF6D5S4 3SCDVFBGNHMNYudc35s43dvfBNNJ8786B 5S CV&trvc%%vebuinompMJ XCVTCSSW TVBtuii uiyurtVBINNOMMHNYGBTFdvdv46uib gnhg RUN Gdvbn dvbt TBKNLS C5YVRFUBNLMhf rybi7887^%$#@#$M:





***



Yg benar,











Khamis, 16 Jun 2011

Kisah seorang Uncle.

Seperti yg sedia maklum, tempat tinggal aku di Sarawak ini tidaklah seindah dan seheven mana pun. Hanya semata-mata menumpang kasih di bawah bumbung kilang kayu yg tidak jemu-jemu menjamah kayu kayan sehari-hari. Sekali sekala, terasa diri ini seperti makhluk pendatang asing yg diizinkan. Duduk berteduh di setinggan yg berekon.



Disebalik kilang usang ini, terdapat seorang uncle cina yg usianya telah menjangkau lebih separuh abad, letih lesu tak bermaya, namun menjadi 'mata' untuk kilang kayu ini. Setiap hari, dia akan berada di port nya, yg terdiri daripada katil kayu, kerusi, meja stadi, air minuman, tivi, dan macam-macam lagi. Itu, membuatkan aku bersyukur dengan apa yg aku ada. Sekurang-kurangnya untuk 3 bulan ini, aku mempunyai tempat untuk berteduh sedangkan uncle itu, walaupun teduh, namun tempat tinggalnya tidak berdinding.




Baiklah, katakanlah nama uncle itu, Roy. Itu hari, aku ada lepak dengan Roy. Aku datang pun, sebab nak menumpang kasih sayang tivi Roy. Roy merupakan individu yg sangat sporting walaupun kadang kala percakapannya gagal aku fahami. Seringkali aku mengakhiri perbualan dengan Roy, dengan hanya menganggukkan kepala tanda faham, ataupun dengan ayat tipikal "Oh.." Jangan diperkecilkan Roy, kerana dia memang seorang yg baik dan masih waras, dan dia membahasakan dirinya dalam 3 kata ganti diri iaitu "Aku", "Kamik", dan "Saya" mengikut kehendak dirinya dan bila-bila dia suka.



Mungkin nama Roy terlalu keras untuk melambangkan perwatakan uncle itu. Jadi, biar aku tukar namanya kepada uncle Wong. Barulah nampak lebih gambaran tentang dirinya.



***



"Nah,"


Uncle Wong menghulurkan pisang kepada aku. Pisang itu kelihatan ranum dan besar sekali. Aku mula-mula menolak, tetapi selepas dipelawa berulang kali, akhirnya aku terima nikahnya pisang itu. Tetapi, aku memang tidak tahu pisang jenis apakah itu dan, yg pasti pisang itu memang tidak dibawa belayar.



Uncle Wong meneruskan aduannya. Dia yg sebatang kara itu, membuatkan aku mencampakkan sepenuh perhatian kepada ceritanya. Aku kadangkala bingung, kenapa masih ada lagi manusia yg tidak disekolahkan di muka bumi ini?




Tempoh hari, uncle Wong telah kehilangan talifon bimbitnya. Kehilangan itu, memaksa uncle Wong untuk memiliki talifon bimbit baru. Menurutnya lagi, itu merupakan kali ke-8 talifon bimbitnya menghilangkan diri dan gagal dijumpai. Kehilangan itu adalah dipercayai disebabkan oleh perbuatan khianat manusia yg tidak bertanggungjawab yg juga turut menyapu sekali pemain DVD yg mungkin kepunyaan uncle Wong. 'Mungkin' disitu bermaksud, aku tidak pasti bahawa pemain DVD itu milik uncle Wong atau diseponsor oleh pihak kilang kepadanya.




Namun misteri nusantara kehilangan barang-barang peribadi uncle Wong telah berjaya dirungkai sendiri oleh uncle Wong dengan bantuan CCTV milik kilang.




Kasihan juga aku pada uncle Wong. Sekarang ni aku tengah memikirkan apa yg patut dan apa yg tak patut aku lakukan untuk menyetelkan kes ini. Aku rasa mulai esok memang aku kena panggil uncle Wong dengan gelaran Roy lah. Baru tampak lebih gengster dan muda.




Setuju?

Khamis, 9 Jun 2011

Masa itu emas.

Setiap hari-hari aku kini terisi. Jikalau dahulu aku gagal mengejar pagi, sekarang lain ceritanya. Sekarang, aku terkejar-kejar pagi. Aku sudah belajar untuk mandi pagi. Aku sudah mula gosok gigi di waktu pagi. Aku sudah mula berjalan di waktu pagi. Aku sudah belajar bagaimana untuk menghormati pagi. Aku sudah menceriakan diri untuk menghadapi pagi aku.



Bila masuk waktu pejabat, aku sudah mula ada feel. Pada aku, feel itu sangat penting. Jikalau gagal membina feel, maka secara langsung akan gagal menjumpai mood. Tetapi, aku paling benci satu perkara. Ya aku faham, masa itu emas.



Tapi, kenapa mesti gantung jam di dinding? Kenapa? Sampai sekarang aku masih belum jumpa sebab musabab kenapa perlu gantungkan jam di dinding. Tak boleh ke kalau sorok jam tu di dalam almari? Letak dalam tong sampah ke, belakang pintu ke, dalam laci ke, simpan dalam poket ke, tak boleh ke?



Kalau dah masa itu emas, yg pergi gantung jam dekat dinding tu kenapa? Ada ke orang suka-suka gantung emas dekat dinding?



Tahi Tahu tak yg perbuatan meletakkan jam di dinding itu sangat menyiksakan? Kalau tak tahu, diam.



Setiap kali aku pandang jam, jam tu tak bergerak-gerak. Memanglah tak bergerak, jarum dia je yg bergerak. Tapi punya lah selow macam....ahh, macam apa-apa lah yg korang suka. Yg penting, esok aku nak tukar bateri jam tu. Guna bateri cas, manalah tahu kot-kot dia punya masa pergi lain macam.