Khamis, 16 Jun 2011

Kisah seorang Uncle.

Seperti yg sedia maklum, tempat tinggal aku di Sarawak ini tidaklah seindah dan seheven mana pun. Hanya semata-mata menumpang kasih di bawah bumbung kilang kayu yg tidak jemu-jemu menjamah kayu kayan sehari-hari. Sekali sekala, terasa diri ini seperti makhluk pendatang asing yg diizinkan. Duduk berteduh di setinggan yg berekon.



Disebalik kilang usang ini, terdapat seorang uncle cina yg usianya telah menjangkau lebih separuh abad, letih lesu tak bermaya, namun menjadi 'mata' untuk kilang kayu ini. Setiap hari, dia akan berada di port nya, yg terdiri daripada katil kayu, kerusi, meja stadi, air minuman, tivi, dan macam-macam lagi. Itu, membuatkan aku bersyukur dengan apa yg aku ada. Sekurang-kurangnya untuk 3 bulan ini, aku mempunyai tempat untuk berteduh sedangkan uncle itu, walaupun teduh, namun tempat tinggalnya tidak berdinding.




Baiklah, katakanlah nama uncle itu, Roy. Itu hari, aku ada lepak dengan Roy. Aku datang pun, sebab nak menumpang kasih sayang tivi Roy. Roy merupakan individu yg sangat sporting walaupun kadang kala percakapannya gagal aku fahami. Seringkali aku mengakhiri perbualan dengan Roy, dengan hanya menganggukkan kepala tanda faham, ataupun dengan ayat tipikal "Oh.." Jangan diperkecilkan Roy, kerana dia memang seorang yg baik dan masih waras, dan dia membahasakan dirinya dalam 3 kata ganti diri iaitu "Aku", "Kamik", dan "Saya" mengikut kehendak dirinya dan bila-bila dia suka.



Mungkin nama Roy terlalu keras untuk melambangkan perwatakan uncle itu. Jadi, biar aku tukar namanya kepada uncle Wong. Barulah nampak lebih gambaran tentang dirinya.



***



"Nah,"


Uncle Wong menghulurkan pisang kepada aku. Pisang itu kelihatan ranum dan besar sekali. Aku mula-mula menolak, tetapi selepas dipelawa berulang kali, akhirnya aku terima nikahnya pisang itu. Tetapi, aku memang tidak tahu pisang jenis apakah itu dan, yg pasti pisang itu memang tidak dibawa belayar.



Uncle Wong meneruskan aduannya. Dia yg sebatang kara itu, membuatkan aku mencampakkan sepenuh perhatian kepada ceritanya. Aku kadangkala bingung, kenapa masih ada lagi manusia yg tidak disekolahkan di muka bumi ini?




Tempoh hari, uncle Wong telah kehilangan talifon bimbitnya. Kehilangan itu, memaksa uncle Wong untuk memiliki talifon bimbit baru. Menurutnya lagi, itu merupakan kali ke-8 talifon bimbitnya menghilangkan diri dan gagal dijumpai. Kehilangan itu adalah dipercayai disebabkan oleh perbuatan khianat manusia yg tidak bertanggungjawab yg juga turut menyapu sekali pemain DVD yg mungkin kepunyaan uncle Wong. 'Mungkin' disitu bermaksud, aku tidak pasti bahawa pemain DVD itu milik uncle Wong atau diseponsor oleh pihak kilang kepadanya.




Namun misteri nusantara kehilangan barang-barang peribadi uncle Wong telah berjaya dirungkai sendiri oleh uncle Wong dengan bantuan CCTV milik kilang.




Kasihan juga aku pada uncle Wong. Sekarang ni aku tengah memikirkan apa yg patut dan apa yg tak patut aku lakukan untuk menyetelkan kes ini. Aku rasa mulai esok memang aku kena panggil uncle Wong dengan gelaran Roy lah. Baru tampak lebih gengster dan muda.




Setuju?

4 ulasan:

Tulip Chantek berkata...

adakah uncle Wong sendiri yang mengambil barang2 itu dan kemudian berpura2 bahawa dia kehilangannya?

Tanpa Nama berkata...

sungguh suspen
-setuju dgn tulip chantex

uncle wong y menakotkan

Tanpa Nama berkata...

cerita kamu ni selalu takde ending.

TIKUS MANDO berkata...

Roy masih waras.