Khamis, 9 Jun 2011

Masa itu emas.

Setiap hari-hari aku kini terisi. Jikalau dahulu aku gagal mengejar pagi, sekarang lain ceritanya. Sekarang, aku terkejar-kejar pagi. Aku sudah belajar untuk mandi pagi. Aku sudah mula gosok gigi di waktu pagi. Aku sudah mula berjalan di waktu pagi. Aku sudah belajar bagaimana untuk menghormati pagi. Aku sudah menceriakan diri untuk menghadapi pagi aku.



Bila masuk waktu pejabat, aku sudah mula ada feel. Pada aku, feel itu sangat penting. Jikalau gagal membina feel, maka secara langsung akan gagal menjumpai mood. Tetapi, aku paling benci satu perkara. Ya aku faham, masa itu emas.



Tapi, kenapa mesti gantung jam di dinding? Kenapa? Sampai sekarang aku masih belum jumpa sebab musabab kenapa perlu gantungkan jam di dinding. Tak boleh ke kalau sorok jam tu di dalam almari? Letak dalam tong sampah ke, belakang pintu ke, dalam laci ke, simpan dalam poket ke, tak boleh ke?



Kalau dah masa itu emas, yg pergi gantung jam dekat dinding tu kenapa? Ada ke orang suka-suka gantung emas dekat dinding?



Tahi Tahu tak yg perbuatan meletakkan jam di dinding itu sangat menyiksakan? Kalau tak tahu, diam.



Setiap kali aku pandang jam, jam tu tak bergerak-gerak. Memanglah tak bergerak, jarum dia je yg bergerak. Tapi punya lah selow macam....ahh, macam apa-apa lah yg korang suka. Yg penting, esok aku nak tukar bateri jam tu. Guna bateri cas, manalah tahu kot-kot dia punya masa pergi lain macam.

3 ulasan:

lini hasnan berkata...

wah, da kerja ke?

tikusmando berkata...

kerja tak bergaji.

amir abdullah berkata...

kreatif sungguh otak ko.