"Abang....tolong saya bang!!!" Jerit seorang brader lingkungan 25 lebih-an.
Tanpa berfikir panjang, seorang daripada kami bertiga terus melencongkan langkah ke tempat kejadian. Aku pula, masih terpinga-pinga apabila melihat situasi itu. Secara live. Macam-macam persoalan turut timbul dan tenggelam di dalam benak fikiran aku. Walaupun, aku tidaklah benak mana pun.
Seorang brader, menindih seorang wanita, dengan kedua-dua tangan wanita itu digenggam erat ke jalan tar. Kelihatan disebelah mereka bergomol, ada sebiji kereta kancil. Aksi seperti itu kerap kali diperlihatkan dalam adegan-adegan rogol dan adegan pergelutan di filem.
Melihatkan sahaja situasi
Adakah ini satu taktik kotor yg digunakan oleh perompak, untuk menyamun?
atau,
Adakah perempuan itu sedang nazak dan perlukan bantuan CPR?
*yg ini, aku betul-betul semangat.
atau,
Perempuan ini sedang dalam situasi nak melahirkan anak kah? Kenapa perutnya kempis dan pinggangnya selim?
atau,
Gila apa brader ni kalau nak merogol nak ajak orang lain sama? Dahla tepi jalan, betul-betul depan IPD Polis pulak tu.
atau,
atau-atau yg lain.
"Dik, cepat dik, tolong pegang dia. Jangan bagi dia terlepas. Dia ni, nak bunuh diri!" Brader tu meminta pertolongan dengan wajah yg cemas berpeluh-peluh. Walaupun dialog ditukar tiba-tiba kepada "Dik", brader itu tetap tampak cool dengan kemeja yg masih tuck in kedalam seluar slek. Lagak seperti usahawan muda.
Aku betul-betul bingung. Terasa serba salah untuk memegang wanita itu begitu sahaja. Sudahlah dia telah ditengking tadi, dia tampak tak bermaya terdampar di jalan tar itu. Badannya yg kecil, serta kain baju kurungnya yg terselak, membuatkan aku menjadi malu
Namun, brader itu masih tak mengizinkan. "Dik, jangan dik. Mintak tolong tunggu kejap, dia tu tengah tak betul tu. Tadi dia nak pandu kereta ni ke tengah jalan lepastu nak langgar tembok. Kunci kereta dia, abang dah ambil. Cuma sekarang ni, abang nak mintak adik tunggu sekejap. Abang nak kol kawan abang kejap, kalau adik ada sini, dia malu sikit." Begitulah hujah brader itu, sambil berselang-seli dengan wanita itu yg menyuruh kami blah.
Serba salah. Tidak tahu mana betul mana salah. Tidak tahu apa puncanya.
***
"Sorilah dik ye, sebab kenal pun dengan cara yg macam ni." Brader tu terus memacu BMW entah siri-siri apa ntah, tak pernah aku peduli.
Malam itu, perjalanan kami mencari sesuap nasi, dipermudahkan. Tiba sahaja di Satok, sebuah tempat mencari makan yg pelbagai, serta makwe-makwe yg memang perghhh, semua mata memerhati. Pakaian yg selekeh, keluar daripada BM.
Apahal lu orang semua pandang-pandang? Tu driver je.
Bila aku tengok balik, tajuk tu macam separa bangang je kaitan dia dengan cerita.
9 ulasan:
aku tak tahu..tapi perempuan tu tak serius.
ala. aku tak faham cerita.
tolong jangan marah aku.
aku dah cuba.
ada sesiapa yg masih tidak faham cerita? nanti aku olah.
sy paham...tahniah!! =))
pergghhh...aku x phm citer nih
aku macam blur je dengan cerita kau ni? seblur kau pabila bangun tengahari.. haha
kurang penghayatan. kuatkan minda, makan kismis banyak-banyak.
aku bangun pagi, senantiasa segar.
oh ini ke z cerita yg faiz ujg wat status tu...
Tahniah2!!!!~~~
hahahaha~~~~
wlaupun ayat ko berpusing2...
:'D
hahaha.. sapa yg salah
perempuan tu ker..
lelaki bertuck-in baju tu ker.. atau aku..??
wallahulam.. huh?
kah kah kah !!
Catat Ulasan