Selasa, 24 April 2012

TwtUpIpoh.




Sebagai seorang rakyat Ipoh, aku rasa terpanggil untuk memanggil yg lain ke iven ini. Dengan itu, aku ingin membuat ajakan paradigma kepada semua pembaca, dan yg membaca, untuk menghadirkan diri ke sana. 

Jadi sapa-sapa yg nak jumpa aku, bolehlah kesana nanti. Kah kah kah. 




Oh ye, sapa yg ada tuitter bolehla folo @TwtUpIpoh ataupun brader @JetsamCadillac untuk maklumat lanjut dan info berguna. 


Satu lagi, jangan lupa saksikan Saphuan Awang untuk evening performance. Kalau nak mintak sain dia, aku boleh uruskan. 


Ingat, kalau jumpa aku nanti jangan main terkam. Kah kah kah lagi. 


Ok cukup. 



Jangan tanya aku apahal poster tu macam tu. Kena klorox agaknya. Pikir ikut lojik akal sendiri. 

Khamis, 19 April 2012

Wawasan.

Dalam hidup ini, aku ada satu dilema. Mengikut statistik, berat aku sewaktu lahir adalah 3 kilo lebih poin samting-samting. Itu pun kalau misi tak buat ralat semasa menimbang aku. Maklumlah, menimbang bayi yg baru lahir bukannya mudah. Senang cerita, menimbang bola jauh lebih mudah daripada menimbang bayi yg baru lahir. Tapi entah kenapa sampai harini aku masih tak berapa nak reti menimbang bola, aku harap tiada kaitannya dengan misi yg menimbang aku dahulu.



Apakah kriteria yg perlu ada untuk menjadi seorang yg berjisim tinggi? Jikalau orang gemuk ingin menjadi kurus, orang kurus pula nak jadi apa? Takkan nak jadi ramai kot? Pikir punya pikir, maka aku pun sudah mula sedar yg aku seharusnya menggemukkan diri dengan kadar segera.



Tambahan pula, baru-baru ini gempar di fesbuk dengan berita bahawa lelaki yg berperut buncit adalah lelaki yg penyayang. Pada aku, setetmen ini sedikit sebanyak mampu mencetuskan demo kelak dikalangan lelaki-lelaki bersikspek seperti aku. Mana aku nak sorok muka kalau macam ni? Muka tak apa lagi, paling penting mana aku nak sorok 6 ketul sikspek tu kalau perkara ini masih berlanjutan.



Menyedari akan hakikat itu, nampaknya aku sudah mengambil tindakan bijak dengan mula menjadualkan dan mengemaskini semula rutin harian hidup aku agar terisi dengan aktiviti-aktiviti yg boleh mendatangkan kegemukan. Antaranya ialah bangun tidur mengikut kehendak hati, meminum susu yg bukan sebarang susu, memperbanyakkan tidur petang, mengelakkan diri daripada membuat sebarang kerja-kerja menaip seperti buku log dan menulis tesis, menimbang dambel, menuit perkara-perkara ilmiah di tuitter, menghantar baju ke dobi dan mengelakkan diri dari meminjam PTPTN.



Harapan aku adalah agar diri aku dapat mengembalikan zaman kegemilangan sewaktu masih bayi, dan juga semoga fesbuk tidak resis lagi di dalam membeza-bezakan lelaki buncit dan lelaki non-buncit.



Jika selama ini aku memegang kata-kata Rahim Razali iaitu "Isteri Fizikal bukanlah hak milik, tetapi anugerah", maka sekarang aku nak modifaid sikit supaya anugerah yg aku kejar itu dinaik taraf ke anugerah dekan. Anugerah dekan disini bermaksud seorang aku yg lebih berjisim. Dengan ini aku menolak bulat-bulat sebarang anasir seperti "Lihat pinggangku..... rampingkan......." Aku sudah puas kecapi semua itu.




Kini, baru aku faham erti hidup berwawasan.

Isnin, 9 April 2012

Jalanan Kehidupan.

Untuk ke sesuatu destinasi, pasti akan ada jalan yg menghubungkan kita ke destinasi tersebut. Begitu juga dengan kehidupan. Matlamat akan mengheret kita melalui pelbagai pilihan jalan yg membawa kita ke sana. Setiap jalan yg kita pilih, ada nilai-nilai tersendiri. Lancar, terkandas, berliku, memakan masa. Semua itu perlu diambil kira hidup-hidup bagi menjamin diri agar selamat tiba di destinasi idaman.




Nah, sekarang apa yg tidak kena?




Sudah ada yg mencium bumi, baru nak memperbetulkan? Sudah ada nyawa yg melayang, baru nak diketengahkan? Sudah ada yg jadi kurang upaya, baru nak diaduan rakyatkan? Ah sudahlah.




Untuk apa kolam udang di tengah-tengah jalan? Untuk apa lombong timah di tengah-tengah jalan? Untuk apa berkongsi jalan satu lorong dengan lori-lori? Dimana kemajuan? Mana kesedaran? Untuk apa budak-budak sekolah yg tidak berlesen menunggang laju? Untuk apa pakcik-pakcik yg berkopiah nak ke masjid bawak motor melawan arus? Apahal jalan tidak rata macam Malaysia ini bergempa bumi?




Sikit lagi. Sikit lagi aku nak himpit lori yg lalu sebelah. Kalau aku himpit tu tadi, Tak ke naya lori tu yg terbabas masuk semak? Nampak tak betapa pawernya penunggang macam aku.




Sekarang, baik panggil Karam Sing Walia. Kasik ripeir sikit Jalan Meru tu. Lori-lori elok buat laluan bawah tanah ke, dasar laut ke, kan ke senang. Benda macam ni pun nak suruh aku jugak yg pikir.



Lagi satu, kolam udang dengan lombong timah tetengah jalan tu. Buatnya ada yg memancing udang dan melombong timah, kan ke payah. Kalau motor singgah ke lubang tu, memang akan lahir banyak stuntman baru di Malaysia ni nanti. Semua berebut nak cium jalan tar.




Aku tak peduli. Bulan depan, aku nak tengok jalan tu dah jadi Hiway PLUS 3 lorong.