Sabtu, 9 Mac 2013

10 Petala Cinta.




Bercinta itu lumrah. Manusia ni memang jenis yg berlari mengejar cinta, dan ada jugak yg tak terlari bila dikejar cinta. Cinta itu luas, seluas belanga. Tak percaya? Jom sama-sama kita belek belanga.




1. Bercinta ikut telunjuk emosi.

Emosi ni memang semua orang takkan dapat elak. Persoalannya sekarang bukan mencari cara-cara nak elak dari beremosi. Sebaliknya, mencari cara untuk menghendel emosi supaya bukan kita yg ikut telunjuk emosi, tapi emosi yg ikut telunjuk kita. Bila emosi di alam fana cinta kita bergolak, habis satu dunia tahu. Bila tengah mekar, satu dunia tak nak tahu pun, tetap jadi tahu. Kenapa? Sebab engko terlalu beremosi. Nak beremosi tu kot ye pun, janganlah tinggal merata. Merungut sana, merungut sini. Kena pulak emosi ko jenis yg berombak, peh, memang bergelora la cinta ko. Sudahnya, tak Ombak Rindu langsung, karam gitu je.




2. Bercinta tiru gaya monyet.

Yg ni aku belum habis buat kajian lagi. Aku sendiri tak pasti yg monyet ni jenis yg bercinta ke tidak. Kalau ye pun ada monyet yg bercinta, konfem tak sampei ke jinjang pelamin. Setakat ni aku belum pernah dapat lagi invitation dekat pesbuk untuk ke majlis perkahwinan monyet. Kenapa orang kita tubuhkan perkataan 'cinta monyet'? Adakah sebab bila dah bercinta, kita dan monyet dah tak ada beza? Kalau nak bercinta tiru gaya monyet ni, masa zaman tak tahu mandi wajib dulu layak la. Tapi memang tak dinafikan, ada jugak yg dah pandei mandi wajib, tapi masih tiru gaya monyet dalam percintaan. Senang cerita, cinta yg jenis macam ni adalah cinta yg tak kemana. Cinta yg tak ada masa depan! Seronok ondespot bolehla.




3. Bercinta sampai ke jinjang Melodi.

Ini bahaya. Dia punya cinta tu, mainstream terlampau. Camat pagi sayunk, nunite wak, cayang awak ketat-ketat, alololo mucuk-mucuk saya, dan pelbagai lagi kalimah-kalimah cinta puaka yg lain, semuanya dikomunikasikan dengan cara yg terlalu mainstream melalui laman-laman sosial terkini, supaya nampak aptudet dengan peredaran zaman dan peredaran bulan mengelilingi bumi. Tujuan dia apa? Tujuan dia supaya orang lain boleh selami kisah romantisnya sebuah pasangan bahagia hingga ke sorga. Bukannya dia tak boleh mesej je makwe pakwe, talifon terus ke. Ini tak, selagi cerita cinta dia tak cecah masuk Melodi, selagi itulah asa nya takkan putus. Seronok sebenarnya bila tengah mabuk bahagia ni. Biarlah semua orang nampak, kalau boleh. Mengaku jelaaa. Kah kah kah.




4. Bercinta sejajar dengan nafsu.

Nafsu ni semua orang ada. Ahmad Nisfu sendiri pun, ada nafsu. Tapi bila nafsu dah melonjak naik dan menjadi pemimpin, habislah kau. Kena pulak pasangan kau pun jenis yg berpemimpinkan nafsu. Itu yg banyak bayi-bayi zaman sekarang ni lahir dengan cara keluar dari lubang jamban. Yaa, semua ni terjadi atas dasar cinta! Kalau tak jumpa depan-depan sekalipun, dalam mesej pun jadi. Lagi pulak yg jenis ber-papa mama yg dah rasa deme ni sangat-sangat intim. Saleem Iklim pun malu nak menyanyi engkau bagai air yg jerniiihhhh, kalau dah jadi macam tu. Keruh!




5. Bercinta dengan material.

Ini memang takkan abadi. Memang betul, harta dan wang ringgit itu perlu. Itu semua orang pun tahu. Engko dulu masa kecik pun, main pondok-pondok, kau kutip daun buat jadi duit kan? Maknanya kau dari kecik lagi dah tahu kepentingan duit. Semua orang pun nak hidup senang. Tapi bayangkan kalau ada yg kata dia cinta ke kita, walhal hakikatnya dia cintakan harta dan kekayaan kita je. Whats the point bebeh? Mana erti sebuah ketulusan? Mana? Bangga tu memang tak payah kabo la kalau dah naik kereta Vokswegen kan. Tapi pernah terfikir ke, orang yg rumah atap rumbia bumbung bocor, tapi kehidupan dia jauh lagi bahagia atas nama cinta sejati, sebenarnya?




6. Bercinta cukup syarat.

Biasanya yg jenis bercinta asal boleh je ni, selalunya mereka-mereka yg tengah gersang pasal baru lepas putus cinta dengan kekasih. Jadi, jalan mudah untuk menutup kesepian yg menggunung, adalah dengan cara carik satu mangsa keadaan, dan bercinta sekadar cukup syarat je dengan orang tu. Sepi ni mana boleh hilang kalau setakat dengar lagu Sephia je. Paling kurang pun, reputasi mesti nak kena jaga yedak. Orang pun pandang dengan kagum la, "Eh dia tu itu hari bukan dah klesh ke, fuiyooo sekarang ni dah ada pakwe baru.... Untungla dia, muka macam penyapu boleh buat sapu lantai pun, dapat pakwe serupa Anuar Zen." Lagi satu sebab, asalkan ada yg sudi nak dengar kisah sedih dia dengan kekasih lama, kisah sepi seorang perindu, jadi lah. Maklumlah, dah biasa berteman, tiba-tiba pelepappp putus.




7. Bercinta adalah segalanya.

Bagi dia, cinta adalah segalanya. Nampak macam pelik je. Oklah, orang ketegori ni kira macam orang yg anggap pakwe makwe dia adalah segalanya dalam dunia ni seolah-olah macam dia tu takda keluarga, kawan-kawan, pakcik-makcik serta takda internet. Jadi, dia kena fokes kepada pasangan dia. Member, letak tepi. Jenis yg tak boleh orang nak tegur hal pakwe makwe dia. Tak cakap banyak terus melenting lepastu terus ambik gunting, potong ikatan dengan member-member. Putus sahabat.




8. Bercinta melebihi cita-cita.

Orang jenis yg mengamalkan cinta yg macam gini, biasanya jenis yg kena rasuk. Cita-cita dia besar, tapi selamba je dia gadaikan dekat kedai pajak gadai, pasal cinta punya pasal. Memang carik pasal. Cita-cita kalau dah tergadai sebab cinta, kadang tu bersebab. Tengoklah jugak situasinya macam mana. Tapi kalau maruah tergadai sebab cinta, itu tak payah tengok situasi dah. Semua jenis situasi pun tetap orang panggil bangang. Orang yg bercinta melebihi cita-cita ni, aku syak cita-cita dia yg sebetul-betulnya adalah nak bercinta.




9. Tuntutlah cinta sampai ke negeri Lombok.

Ini baru true punya cinta! Karena cinta, persetankan semua. Kah kah kah. Inilah yg digambarkan sebagai, 7 petala cinta!





10. Bencinta.

Yg ini aku malas nak terangkan. Pegi tanya Faizal Tahir.













Cukuplah sepuluh. Kalau aku terangkan banyak-banyak karang, aku sendiri yg tak paham.









5 ulasan:

Ikhwan Annas berkata...

Alololo mucuk - mucuk abam zag ni.. Abam Zag bercinta petala yang mane? kehkehkeh

OrenLimau berkata...

ni semua pengalaman sendiri ehhh? ambouiii.tak sangka zag berpengalaman sampai 10 petala cinta. tahap oktet pun 8 petala je. :P

tikusmando berkata...

Petala bana.

tikusmando berkata...

Ni semua berdasarkan pemerhatian, cikgu.

Juno berkata...

Amboi abang Zek. Sungguh amboi.