Khamis, 8 Julai 2010

batuk tidak mudarat.


ini hari aku tak berapa nak sihat. tekak rasa macam kena salai. batuk batuk yg keluar pun semuanya berfrekuensi sederhana dan kering. dengan kekerapan yg boleh dikatakan agak tinggi.



tadi aku pergi ke Pusat Kesihatan, ambil ubat batuk dengan gula gula sakit tekak. doktor sentuh aku pun tidak, setakat tanya je. pemalas punya doktor. kalau aku jadi doktor, mesti lagi malas.



doktor beri ubat batuk yg mengantuk. dan sekarang ni aku baru lepas telan ubat tuh. sekarang tengah "hai" ni. tapi jangan risau, aku tak ajak kawan kawan datang rumah dan "hai" sama sama.



ini memang untuk mereka yg sakit sahaja.






tapi batuk batuk aku ni, bertuah tandanya.





tadi aku ada dapat mesej dari nombor tidak dikenali. katanya...



"abah du klang ni"





mungkin pakcik ni nak beritahu anak dia yg dia berada di klang walaupun die eja "du"



tak apalah, salah nombor.




tapi sekarang aku serba salah, tiba tiba muncul topap RM30 yg menjadikan baki kredit aku sekarang RM32.01.





apa patut aku lakukan? patutkah abah itu menopap untuk anaknya? atau sememangnya aku yg sepatutnya dapat topap itu? ataupun aku pula yg kena topap untuk anaknnya? atau aku perlu meminta fesbuk anaknya dari dia?





4 ulasan:

Ain Ransom berkata...

macam lucky draw untuk pembatuk je. HAHA

Unknown berkata...

nak wat cmna..nak balas balik kam separoh ati..amek jela..rezeki rog demam tu..hehehe

tikusmando berkata...

rezeki jangan ditolak tolak. itu prinsipnya!

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

memg betuah btol.....