Ahad, 18 Julai 2010

situasi separa cemas.


keciwa aku. mood yg sedang membuak buak untuk melepaskan segala kandungan sisa makanan dalam perut tiba tiba menjadi hambar bila tandas awam yg berharga tiga puluh sen tiba tiba blekaut. gelap gelita. bagaikan mata yg di pejam di dalam bilik yg gelap.


namun, mujur ketika itu tandas aku berjiran dengan tandas Farid SMJ. jadi ketika itu aku sempat berborak borak dengan beliau.



"kau berak macam mana ni? gelap ni." tanya aku.


"diam. aku tengah fokus!" balas Farid SMJ.



tercabar dengan tindak tanduk Farid SMJ, maka aku cuba untuk mengetahui bagaimana beliau boleh bersikap tenang setenang air di kali ketika menghadapi situasi situasi separa cemas begitu.

"macam mana kau berak ni? gelap ni?" soal aku untuk mendapatkan kepastian.



sesungguhnya, aku begitu bersemangat selepas mengetahui jawapannya.




"kau bajet bajet je."





2 ulasan:

she-G berkata...

pesal lak cite pasal berak pepagi ni...heshh

she-G berkata...

owh..baru paham...ale...tak kesah la..jnji lepas...curah sket2 dah..jni taik jgn trabur kat kaki sndiri daaaa