Selasa, 17 Ogos 2010

abang abang.



petang tadi adik aku talifon. ye aku tahu tujuan dia talifon tu. sekarang dia menghadapi percubaan SPM di sekolah dia. konon konon mintak restu abang la.



dah sehari dia periksa. lepastu sibuk mengadu dan mengaku yg Fizik tu susah. Bahasa Arab pulak boleh tahan. tula masa dekat rumah, taknak tanya abang ko yg sentiasa sedia membantu. oh lebih sesuai lagi apabila perkataan membantu tu ditambah huruf T di belakang. sebab aku memang suka kutuk dia taim dia buat kerja.



setelah berborak borak seketika bertanyakan pasal puasa dan isu balik rumah, maka aku pun dah tak tahu nak tanya apa lagi dah.


"ko esok paper apa?"


"esok Bahasa Melayu."


"susah ke?"


"susah jugakla...."


"hek eleh, Bahasa Melayu pun susah. hari hari bertutur bahasa melayu, takkan la tak reti jawab. aku dulu dari darjah satu sampai masuk U, Bahasa Melayu tak pernah tak dapat A."




macam biasa, dia mencemuh aku dengan penuh ketidak puasan hatinya. tanpa dia sedari, aku dah bakar semangat dia.




buat baik baik esok. walaupun abang ko ni selalu lupa nak doakan. tapi kalau bab suruh menyuruh, abang ko masih no.1



-seterika baju-masak kentang goreng-baca mesej ko senyap senyap-sound ko bila ko mandi lama sangat-buat tak tau bila ko suruh pegi kedai beli itu ini-menjajah tivi bila ko sebuk nk tengok hindustan dengan cerita korea-buli ko masa main badminton-menyapa jerawat jerawat ko secara perlian-mengutuk pencuci muka ko-menggelakkan ko bila kena marah dengan mama dan ayah-bagi ko terkejut sampai ko melatah mengarut-




bila difikirkan balik, aku ni tak ada la kejam sangat.





5 ulasan:

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

ko memg xkejam z....dengki jew...hahahah~~~

TIKUS MANDO berkata...

iyew lew arep,aku jew lew yg dengkiew.

OrenLimau berkata...

hahahhaa.kem salam kat adik ko weh!
bab yg baca msg senyap2 tuh aku suka.huahuah.
sebab aku selalu wat.

TIKUS MANDO berkata...

jahatnya kau ni, baca mesej orang senyap senyap!

eyja berkata...

lah.bace msg snyap2 jahatnyele. sape ler gamoknye ye.