Khamis, 26 Ogos 2010

buah Melaka.



bila puasa je, mesti aku mengalami suatu keadaan yg dipanggil mengidam. lazimnya ibu ibu yg mengandung saja yg mengalami masalah sebegini.


sudahlah, jangan tanya aku, berapa bulan ke apa ke. letih aku nak jawab. aku dipengaruhi kuat oleh hormon testosteron dan testarosa.


benda ni aku dah mati akal dah fikir. aku cari di wikipedia pun tak ada. susah dan rumit juga sebenarnya.


sekarang, selepas aku buat kajian dan thesis dibantu oleh pakar pakar sakit puan, sebenarnya aku sekarang disahkan sebagai terkena tempias buatan orang. itulah sebabnya aku menjadi seorang pengidam buah Melaka bila puasa menjelma.


ala ala serigala jadian yg jadi serigala bila bulan mengambang, tapi kalau bulan diambang wati, takkan jadi.


benda ni kalau kau orang tengok cerita breaking the magician's code pun belum tentu si mejisyen bertopeng dapat merungkai puncanya. sebab benda ni bukan magis.


sekarang, aku bersetuju dengan penyelesaiannya. ada pernah kau orang jumpa buah yg guna nama negeri lain?






2 ulasan:

amir abdullah berkata...

xdak lg.buah pala besa dgr??

Unknown berkata...

kami panggil onde-onde...