Ahad, 29 Ogos 2010

eksiden.



jalan nak ke ijok memang bahaya. terkenal dengan selekoh selekoh mautnya. aku sudah jadi mangsa.


kadang kala, kesilapan dan kecuaian orang lain membawa padah pada kita. risiko tetap ada walaupun kamu berhati hati tahap maksimum.


selekoh terakhir jalan bengkang bengkok, yg bersebelahan dengan jerat cina itulah tempatnya dimana kami menyembah bumi. tatkala insan lain sedang sibuk bersila dihadapan juadah berbuka puasa.


sikap biadab kereta Gen 2 yg memotong kenderaan hadapan mengikut lorong kiri, memberi impak kepada aku dan Farid SMJ. tidak dilupakan, awek merah aku.


oh aku taknak ingat kejadian tu. jadi, aku malas nk cerita.


diri sendiri calar, paling aku tak boleh terima, awek merah pun calar juga.




lepas je jatuh, aku bingkas bangun pergi ke kereta yg langgar tu. aku tumbuk cermin kereta dia sampai pecah.


dia jatuh sambil memegang muka. kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku tanam dia hidup hidup di jerat cina bersebelahan. gampang betul.


terkucing-kucing pemandunya keluar. tanpa banyak cakap, sedas penumbuk aku hadiahkan tepat ke muka kirinya.


Farid SMJ pula, tak banyak cakap. terus ambil kebab sumbat ke mulut mamat tu sambil memberi sekilas belakang tangan.


Farid SMJ keluarkan pisau lipat di poket kirinya, aku pula ambil pemutar skru mata rata, ingat nak butakan terus mata dia.


lelaki itu berpeluh peluh, mungkin menahan sebak di dada. ahhh, apa kami peduli. dengan pantas, kereta Gen 2 nya ditoreh menggunakan skil menoreh getah.


kali ini, lelaki itu terduduk melihat keretanya diperlakukan sedimikian oleh aku dan Farid SMJ. aku nasihatkan kepada kamu semua, jangan tegur kami jikalau kami masing masing sedang bengis dan samseng jikalau ingin selamat.


tiba tiba muncul seorang pemandu teksi, cuba untuk menyelamatkan keadaan. keadaan semakin teruk, apabila pemandu teksi turut melibas mamat itu menggunakan cemeti.


kami menjadi runsing, bila pemandu bas yg membawa bas ke sabak bernam, bertindak menggeselkan basnya pada kereta itu. selapas itu, beliau memberikan isyarat "bagus" dengan mengangkat jarinya yg tengah.


mamat itu pengsan di tempat kejadian. dan akhirnya ditinggalkan begitu sahaja tanpa belas kasihan.


dalam keadaan pengsan, mulutnya terkumat kamit menjerit dan meminta simpati dengan berkata "maafkan kami penunggu gua" sebanyak dua kali.


fuh, puas sungguh rasanya bila dapat bertindak sedemikian.






tapi, apa boleh buat? lepas langgar, dia terus lari. *mencarut*



kalau ye pun takut, bertanggungjawab la sikit. kalau taknak bayar pun, tolong gantikan tempat aku masa cuci luka pun cukup la. tau tak cuci luka tu berpuluh kali ganda sakit daripada tersungkur atas jalan?


kecik kecik tak nak sekolah, ponteng pegi jolok buah pelam. dah besar, menyusahkan orang.


bodoh.


ehhhh. sekali lagi lah.


bodoh.



5 ulasan:

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

bile z???siannyer.....semalam kew?????
akhirnye luka gak awek ko tuh....xpe2...bole baikkan...hahhaha~~~

Unknown berkata...

lawa langsir baru..tukar nak raya ke???

:) cuci luka sakit ke??mane sakit dgn cuci luka lepas bersalin ehhh???

tikusmando berkata...

mana langsir baru?

rasanya cuci luka eksiden lagi sakit. kot.

deqieza berkata...

hati2.....

tikusmando berkata...

hati hati je tak cukup,

kena hati hati hati hati hati kot baru cukup.