Ahad, 17 Oktober 2010

miskol



aku ingat trend main main miskol dah lama pupus. rupanya, belum lagi. yelah, zaman dah canggih, manalah tahu orang sekarang main mis video kol ke kan.


ada nombor rare yg miskol aku harituh. mula dengan 010. stended aku la, orang main miskol miskol ni, aku tanya lah sapa. lepastu senyap. aku pun senyap, malas nak banyak hal.



selang beberapa minggu, nombor yg sama miskol aku lagi. kali ini waktu magrib. stended aku jugak la buat tak layan je. alah setakat miskol macam tu, tak teruja langsung. cuba bagi share kredit ke. pasti pantas aku layan. ini, miskol je? heh. memang tak layan la sebab kredit tak ada.



jadi untuk merungkai misteri miskol ni, maka aku pun segeralah mendapatkan nyawa untuk kredit talipon aku. sebaik bernyawa, aku terus talifon nombor tu. dia angkat, tapi langsung terputus talian.



aih? tak mau cakap pulak?



ok. abaikan jelah. benda benda macam ni memang rimas. kalau buat tak tau, mati emak. tak buat tak tau, mati anak. serba salah pun ada.



seminit lepastu nombor tu talifon balik.



_______________



benda pun dah setel, aku malas nak cerita panjang. dah bincang baik baik. aku agak kurang pasti apakah kesalahan yg aku dah buat sampai Sarjan Rusli boleh talifon aku dan main miskol miskol.



tau sapa tu Sarjan Rusli?





ayah aku.



bukan main lagi pakai nombor sampai dua. henset canggih sangat la tu guna tachskrin sampai termiskol miskol anak sendiri.




rupanya, nombor 010 tu nombor Digi, bukan nombor awek Filipina ke ape ke. keciwa!


7 ulasan:

amira berkata...

haha.. sungguh tak teruja.. seb bex ayah sendiri.. klu awek Filipina.. ko nak ikut lari ke sana ke?

pandangan terpuji berkata...

kalo 010 aku target hairi jerk. hahha

Tanpa Nama berkata...

aku ingat sarjan saji td..ceh



nyetnyet

tia berkata...

ayah kau terbaek!
;)

TIKUS MANDO berkata...

kalau awek filipina, tak banyak cakap, nikah kat siam.

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

sarjan rusli terbaekkk!!!!

OrenLimau berkata...

hahahhaa...sarjan rusli memang hebatt