Rabu, 23 Februari 2011

Perkara yg jarang terjadi bila menunggang motor.

Ketika sedang asyik menunggang motor sambil dibuai deru angin malam, beberapa hari yg lepas, agak mengejutkan juga bila tali tape di jalanan, boleh menjalar. Bila minda telah 'set', "ok, itu hanyalah tali tape, maka tak perlu menyusahkan diri untuk mengelak". Maka, tiada tindakan susulan yg diambil.



Akan tetapi, bila sudah semakin mendekati tali itu, mata kamu tertangkap dengan gerakan lemah gemalai dan minda separa sedar terus mengesahkan, "Oh mai god, itu adalah ular yg sedang melintas".




Zaaapppp.




Tahu apa tindakan refleks ketika itu? Kedua-dua belah kaki diangkat secara separa kangkang. Dan, orang yg membonceng dibelakang sedikit malang apabila pengesahan bahawa itu merupakan ular tedung, tiba sedikit lewat ke pengetahuannya. Lalu dia pun menggelupur untuk turut mengangkang. Tambahan lagi, memang dia seorang yg ular-fobia.




Cemas dengan kejadian itu, aku terus memberhentikan motor pada jarak yg agak selamat. Menoleh ke belakang, kerana rasa belas dan kasihan masih wujud. Mujur ular tedung itu tidak begitu cedera, malahan, boleh meninggi sambil mengembangkan kepala sambil sedikit menggelupur.




Lega lah juga, sebab, kalau tak macam mana nak setel dengan mak bapak ular tu, tonto-tonto yg selalu menyemak ketika eksiden, tow truck lagi, ambulans, nak kelim insurans, repot polis, macam-macam hal. 




Nasib baik ular tu terus masuk semak semula. Sekarang siapa King? Cobra tu ke atau aku? Ah, jangan nak berlagak sangat.

3 ulasan:

Ungu berkata...

Aku pula jumpa ular masa naik basikal.

Adalah bodoh kalau aku turun dari basikal, tinggalkan basikal dan berlari jauh dari tempat kejadian.

Tapi itulah yang aku buat.

TIKUS MANDO berkata...

jangan sampai ular itu naik basikal kau dan pulang.

mahfudz berkata...

ha'ah la...sebbaik aku tak laggar ular ari tu..kalu tidak bnyk benda nak kena setel....mak ular tue yg melintas...