Sabtu, 27 Ogos 2011

Puasa IX versi lalu lintas.




Tadi siang lepas jumaat, aku terus memacu kancil 850 ke rumah Naim. Lepas pikap dia, kami gerak ke Ipoh pereid. Memandangkan bos besar sudah memberi peruntukkan sempena raya, maka aku terpaksalah keluar untuk membeli dan belah apa-apa yg patut. Aku harap dengan cara ini dapat menghidupkan tune raya aku. Aku akui aku memang tidak menyukai aktiviti-aktiviti membeli dan belah ini. Lagi-lagi kalau dia punya leader perempuan.




Di Ipoh pereid, segalanya sungguh mengecewakan. Tidak ada apa pun yg 'wow' di mata aku. Semua barangan atau pakaian lebih berkisar kepada pakaian budak-budak yg baru nak up. Leceh betul. Tak ada benda yg betul-betul bagi impak pada aku. Kalau ada pulak, yg pesen diskaun 50% lepastu kena beli 2 helai. 1 helai harga dah ratusan kejadah apa nya. Memang lari bajet. Memang betul-betul memaksa aku untuk menggunakan otak berbanding buku lali.



Bila objektif sudah tercapai, maka aku pun memandu pulang. Faham apa yg dipanggil objektif? Boleh nampak perbezaan lelaki membeli barang dengan perempuan? Berbeza, memang berbeza.



Hujan renyai seribu bahasa. Jalan raya pula, sudah tidak nampak tar nya akibat ditutupi oleh butiran kereta yg lagaknya seperti nasi himpit. Radio X-fm pula, tak habis-habis putar lagu Altimet ikrar kejadah apa entah. Boleh dikatakan lagu tu memang sentiasa berdesing di radio setiap kali aku ada dalam kereta. Memualkan.



Sesekali badan aku kendurkan dan muka aku parkingkan ke stereng kereta. Kelibat-kelibat kereta BiEmDabelyu bersiri-siri dan kereta Vokswegen Das Auto tidak sedikit pun dapat meleraikan kepedihan minda yg aku alami ketika itu. Malahan, minda separa sedar sibuk berslogan "Kereta mahal-mahal pun kalau jem sangkut jugak".



Berseorangan di dalam kereta membuatkan aku tidak keruan. Pergerakan teknik 'seinci demi seinci' hanyalah membuatkan kaki aku berketak menekan clutch. Sekali sekala terdengar perkataan "come on come on lah aunty..." dan "go pakcik goooo..." yg sepatutnya dimonolog dalamankan tetapi terpacul jua dari mulut aku.



Hari ini aku terselit di sejarah. Ipoh tidak pernah lagi seteruk ini. Ipoh sekarang sudah pandai nak meniru Kolumpo punya jem petang-petang. Aku rasa aku nak keluar pergi beli barang ni tak ada lah pulak duk kecoh kat orang, tapi, apahal diorang sibuk mengikut aku? Apa dah tak ada hari lain ke nak berbeli-beli? Kalau dah berbeli tu pulak, reti-reti la balik awal sikit. Ini sibuk pulak nak balik taim habis waktu pejabat. Inilah mentaliti masyarakat kita. Entah bila nak tukar mentol. Orang-orang macam ni lah yg menyebabkan orang-orang macam aku terkandas tadi.




Elok-elok setel tadi pukul lima lebih, sampai rumah tepat-tepat pukul 7. Minyak pulak ngam-ngam E. Tingkap direndahkan separuh sambil ekon dimatikan, untuk menjimatkan tenaga. Yalah, ekon mana boleh suhu 16 sekarang, kena 24 macam tu yg disyorkan kerajaan. Pencemaran udara dan pencemaran bunyi pun berderu-deru masuk mengetuk gegendang hidung dan telinga. Mujur berkat SPM dahulu, maka aku mengambil tindakan untuk ke plan B.



Plan B punya jalan agak jauh, tetapi sedikit lancar. Jauh bukanlah penghalang, tetapi kelancaran itu penting untuk memastikan waktu tiba yg tepat serta waktu berbuka yg tidak dilengah-lengahkan.




Akhir kata, aku berharap agar raya kelak aku tidak dicemuh masyarakat. Juga, aku masih menaruh harapan menggunung untuk mendapat kad raya. Dapat gantung sekeping pun kira boleh dibanggakan. Takkan nak gantung sms raya pulak.



Akhir kata lagi, raya tu jangan nak macam hantu raya sangat.









4 ulasan:

diya berkata...

perkataan "objektif" menarik minat gwa hahahaha

eja berkata...

ipoh parade mmg jem time jumaat. skola2 area tu, budak2 dia nak beli baju raye tuh.

Aizul berkata...

Aku pun tak suka jem. sebab tu kenderaan aku kemana sahaja setakat ini hanyalah kedua kakiku yg gagah perkasa.

TIKUS MANDO berkata...

diya, boleh kapel dengan 'objektif'.

eja, aku ingatkan sekolah area tu budak-budak dia tak sekolah punya orang.

Aizul, kaki kita sama ketak.