Jumaat, 16 September 2011

Masterklas difending.





Setiap orang memiliki sumber inspirasi. Daripada dahulu hinggalah ke hari ini, dia tidak pernah mengecewakan aku. Baru-baru ini, dia telah membuat minggu aku penuh makna. 


Inilah yg dinamakan,.. "Inspirasi !".



Jumaat, 9 September 2011

Tayar juga memerlukan stamina-mina?

Rilek je duduk paling kanan. Satu-satu, sebijik-sebijik kena potong. Ada yg dipotong dengan senafas. Ada yg dua nafas. Paling bangang kalau selow, lepastu sibuk nak duduk kanan. Nak maki tak boleh, sarjan ada di tempat duduk sebelah. Pemanduan memang kekal berhemah sampai kesudah. Meter tu memang aku kunci 120km per jam. Lebih 10km per jam tak apa, lepas lagi sepid trap. Agak-agak bosan, aku tukar ke  autopilot mode je. Stended Wira custom yg berenjin Lancer lah katakan.



Aku jeling cermin sisi sebelah kanan. Ada sebijik van putih tengah sepid. Selamba dia memintas aku, dengan sepidnya itu. Aku biarkan saja. Saja nak tengok jauh mana dia boleh pergi. Barulah ada gaya Evolusi KL derif sikit.




"Ketangggg...!!!"




Van itu merempuh sisa besi bekas eksiden. Besi itu pulak terpelanting dengan suka-suka hatinya lalu dirempuh pula oleh kereta yg sedang aku pandu. Van itu ke kiri, dengan lampu kecemasan. Stereng kereta yg aku pandu tiba-tiba terasa berat sebelah, seolah-olah yg kanan dianak tirikan dan yg kiri dianak emaskan.



Cuaca kelam, gelap gempita gelita. Kerja-kerja penukaran tayar sepeir menjadi rumit. Ditambah pula dengan treler-treler panjang yg lalu dengan kelajuan Mersedis Kompressor. Cilaka punya treler, langsung tak mencontohi Optimus Praim taim dia jadi treler. Cermat tak pernah laju langsung.



Sarjan tetap tenang, tetapi bininya memang sangat kelam kabut. Tayar pancit, ganti dengan tayar sepeir sementara. Apa pasal pulak nak kena tengok temperature naik ke tak? Lepastu disuruhnya mesej kawan-kawan sahabat handai rakan taulan, suruh mintak nombor PLUS.



Tak masuk akal sungguh.



Orang kata, jangan cepat melatah. Tetapi, bini sarjan ni punya melatah boleh dikatakan kronik juga. Pesen kalau terkejut tu, habis benda di tangan, terpelanting. Satu hal lagi, kalau tak cepat melatah, takkan nak lambat melatah kot? Nampak sangat tak normal.




Ni apa kaitan tayar pancit dengan melatah ni?



Tayar yg tak ada stamina-mina memang akan cepat pancit. Tak fit.  

Jumaat, 2 September 2011

Halia.





"Nah ni duit. Pergi kedai beli halia kejap. Cari la seketul yg elok." Mak aku memberikan arahan secara bersahaja.



Tanpa membuang masa, aku terus mencapai kunci motor lalu menjurus ke kedai runcit Soon Seng. Tiba di sana, aku melangkah masuk ke kedai sambil menggayakan gaya seorang pemuda yg nak membeli halia.



Kedua mata sengaja aku liarkan untuk mengenal pasti lokasi sebenar halia, tanpa bantuan GPS. Semasa aku sedang sibuk menjejak halia, masuk pula dua orang makwe yg bertopi kaledar di kepala mereka.



"Aduh, ada makwe pulak dah. Nak kena cari betul-betul halia ni..." Sempat aku bermonolog dalaman.



Sebaik sahaja halia dikesan, aku terus memilih-milih yg mana elok. Halia itu aku belek-belek sehingga puas. Lalu seketul yg paling ranum, aku petik daripada bakul dan terus diletakkan di kaunter kedai.




"Ni halia berapa ringgit?" Soal aku sambil meraba-raba duit di poket tepi seluar jin.



"Halia ha? Halia ada hujung sana." Selamba apek kedai itu bersuara.





***





Sampai hari ni aku tak mahu ambil tahu pasal halia. Lagi-lagi pasal benda yg aku ramal sebagai halia tu. Kalau tidak, aku sekarang dah ada 2 orang makwe dah.