Sabtu, 1 Oktober 2011

Cacar air marba.

Baru-baru ini dunia telah dikejutkan dengan kehadiran sejenis penyakit iaitu cacar air atau dalam bahasa omputehnya ialah ciken pox. Dunia menjadi huru-hara. Entah aku pun tidak pasti kenapa boleh jadi huru-hara. Mungkin kerana cacar air itu kalau diinggeriskan menjadi ciken pox, yg bila dimelayukan semula sepatutnya nama betul dia cakar cacar ayam.



Itu hari mak aku ada membeli 2 ekor hemster. Yang jantan mak aku namakan sebagai Mawi manakala yg betina mak aku letak nama Mira. Masalahnya, aku langsung tak pernah dengar mak aku panggil nama mereka. Habis-habis pun keluar ayat "bagi la hemster dua ekor tu makan..." dan "Jangan le kaco binatang tu nak rehat..." sehinggakan aku menjadi buntu bila memikirkan motif penamaan binatang itu. Selepas ini kalau tak silap, akan bertambah lagi bilangan mereka. Entah mungkin Meor pulak yg menyusul selepas ini, takpun, Maisara. Jangan Mawas sudahlah.



Cakap pasal Mawas, itu hari masa hari-hari aku di Sarawak dahulu, aku dapati pelbagai nama manusia yg unik tapi pelik. Contohnya nama Mawas anak Badak dan Rogayah binti Jamban.



Bayangkanlah kalau orang datang ke rumah mereka,




"Oi, Jamban ada tak kat rumah?"



"Jamban ada dua. Nak Jamban hidup ke Jamban tak hidup?"



Tak ke susah?




 Cilake lari tajuk.

3 ulasan:

Ungu berkata...

Mai.God.

Dulu ayam serama aku, aku namakan Awie dan Siti.

Sekarang dah takde. Nenek aku makan.

Tanpa Nama berkata...

Teringat kucing belakang rumah mak aku gelar Salih Yaakob.

Sebab dia ada 4 bini.

Selamat kembali :)

cik ungu berkata...

Baik kau cakap apa nama sebenar kau. Jangan nak sorok-sorok lagi. Cepat cakap!