Isnin, 28 November 2011

Canggih.

"Kling. Kling. Kling. Kling. Kling".



Loceng berbunyi. Telinga aku sedikit terganggu, dan nafsu aku mulai menaik. Berani betul bunyi loceng macam tu menusuk ke lubang telinga aku di petang-petang hari.



Beberapa ketika aku menanti. Sabar dan penuh penghayatan. Telinga aku cuba menangkap lagi bunyi itu, yg kian pudar ditelan bunyi burung-burung baru nak belajar bersiul-siulan senggol-senggolan.



Bila aku sedar yg penantian aku tidak membuahkan hasil, maka aku bingkas mendapatkan motor untuk memulakan gerakan mencari. Almaklumla, penantian itu satu penyeksaan.



Sebaik sahaja Farid SMJ membonceng di belakang, aku terus memulakan gerak. Lorong demi lorong, jalan demi jalan aku susuri, akhirnya aku berpuas hati apabila usaha membuahkan hasil.



Menggali jual aiskrim itu, lalu betul-betul bertentangan dengan aku, dan aku terus menjulurkan tangan sambil membuat isyarat 'menahan bas' kepada menggali tersebut.





Dia memberhentikan motorsikal canggihnya yg berkotakkan aiskrim dibelakang. Sambil itu, dia seperti membebelkan sesuatu.



Melihatkan pembebelan itu, aku dengan ramahnya terus menyapa dia.



"Ya, ada apaaaaaaa??????". Dengan nada yakin dan penuh berhemah aku bersuara. 



Sesudah dia turun dan menongkat motornya dengan kemas, lantas dia menoleh ke arah aku dan Farid SMJ.



Tanpa cakap banyak, aku dengan Farid SMJ tidak dapat mengawal emosi dan terus menerus tertawa.



Stedi betul dia berborak dengan talipon bimbit yg diselitkan di telinga, di celah-celah helmet. Aku mati-mati ingat dia bebel tadi tu, ingatkan dia tanya nak aiskrim apa ke. Silake sungguh!



Mana-mana menggali jual aiskrim! Lu orang tunggu....lu orang tunggu. Lu orang ingat lu orang canggih sangat ke???



Aku tanam dendam kesuma dewi ni sampai bila-bila!

3 ulasan:

Farhan berkata...

bwahahaa!! aku boleh bayangkn..

Juno berkata...

mak aku tak pakai handsfree. dia selitkan kat tudung.

jadi aku otometik sokong uncle eskem.

najwa aminah abas berkata...

sepupu aku cakap pennunggang aiskrim mobile kat kampung aku selalu kencing merata tak basuh. hmm. aku tetap setia makan aiskrim tu.