Isnin, 30 Januari 2012

Dendang Perantau Worrier.



Pada suatu hari, aku meredah lebuhraya sebagai seorang perantau yg mahu pulang ke rantauan, seperti kebiasaan. Kalau mengikut kebiasaan, perjalanan dari Ipoh ke Puncak Alam memakan masa selama 2 jam lebih-lebih sedikit dengan berbekalkan RNR Tapah dan RNR Ulu Bernam. Untuk pengetahuan umum, dua jenis RNR ini menawarkan khidmat pengisian semula tangki minyak yg semakin E, lebih-lebih lagi bagi kenderaan beroda dua yg tidak mempunyai tangki balast sebesar kapal selam. 



Cuaca pada pagi itu sangat murni, yg menyaksikan matahari menyorok malu di celahan ketiak awan. Redupnya usah dikata, seredup orang yg duduk dibawah sepohon kayu daunnya rimbun lebat bunganya serta buahnya. Sedar tak sedar, aku sudah tiba di RNR Tapah. Setel pam angin tayar dan menyumbat minyak, perjalanan jauh tak terasa kerna hatiku melonjak sama, pun diteruskan.




Sambil melayan mengantuk yg membuak-buak, aku pun tiba di RNR Ulu Bernam. RNR Ulu Bernam ni ibarat cekpoin kedua, untuk menyumbat minyak. Namun, segalanya menjadi kucar-kacir bila aku melihat Petronas yg ditutupi dengan penghadang dan terdapat tulisan "Naik Taraf" yg menyebabkan aku turut naik angin dan naik darah.



Dengan berbekalkan meter minyak yg setakuk menghampiri E, maka perjalanan diteruskan tanpa membuang masa dan membuang air. Setiap ada exit, pasti akan aku exit dengan harapan bahawa terdapat stesen petrol di mana-mana pekan. Exit pertama yg dijumpai adalah exit Lembah Beringin.



Dan ketahuilah bahawa exit Lembah Beringin itu hanyalah semata-mata padang golf sahaja dan lantas ia memberikan persepsi buruk buat seorang raider yg ketandusan minyak di jalanan seperti aku. Bergegas aku kembali ke lebuhraya dan mencari exit seterusnya.



Exit kedua ialah Exit Bukit Tagar. Tiba sahaja di tol, aku terlihat seorang brader yg lagaknya seperti seorang raider, sedang berborak dengan akak jaga tol. Perbualan mereka aku sampuk dengan menyapa, "Kak, tumpang tanya. Sini mana ada petrol pam ye?"



Raider yg tengah berborak dengan akak tol itu tadi memandang sinis aku sambil di dalam hatinya berkata "Kahkahkah lihatlah dunia bahawa ada seorang lagi yg malang macam aku, boleh kehabisan minyak sebab Petronas Ulu Bernam tutup. Kahkahkah". Penuh sinis.



Tiba-tiba, tanpa segan silu seorang aunti berketurunan India, menyampuk sambil memberikan GPS kepada kami. "U jalan terus, nanti ada jumpa itu jambatan, U ambik bawah, belok kanan. Sana ada itu Guard, U mintak sama dia minyak. Dia boleh tolong". Huraian yg panjang lebar dan berbelit sejajar dengan tulisan mereka.




Alamak panjang betul entri ni. Takpe, sambung sikit lagi. Lepas itu brader tadi pun tumpang motor aku dan kami menuju mengikut GPS aunti tadi, berbekalkan meter yg semakin mencium E. Jalan punya jalan punya jalan punya la jalan dan jalan lagi, tak jumpa-jumpa langsung tanda-tanda ada jambatan. Ini menyebabkan brader tadi bersuara, "Aku dah lalu dah sini tadi, takde ape sampai kehujung nun jalan mati". Sejurus selepas dia berkata begitu, aku terus melakukan pusingan U dengan kadar segera dan berpatah balik menuju tol.



Sampai sahaja di tol, aunti tadi segera kami dapatkan. Tanda-tanda mahu membuat demonstrasi telah muncul, dan aunti itu tadi kelihatan sudah bersedia untuk diprotes.



Pung Pang Pung Pang Pung Pang akhirnya kami pun dapat gambaran sebenar GPS aunti itu. Benda senang, jadi susah. Celah mana jambatan pun aku tak tau? Aunti....aunti..... Balik buka kamus, faham dan hafalkan maksud jambatan.




Pergi tumpang pakcik, balik tumpang lori sampah. Kereta pulak pesen berlagak nak mampus. Orang dah hulur tangan mintak tumpang, berdesup dia pergi. Tapi tak boleh nak kata apa jugaklah, zaman sekarang ni macam-macam benda kan. Nasib baik brader lori tu baik hati sudi tumpangkan lori sampah dia. Nasib baik jugak la dia tak suruh aku duduk belakang, sebab aku tak menunjukkan tanda-tanda seperti seorang sampah msayarakat. Kahkahkah.




Berbekalkan petrol 3 botol dan kata-kata semangat daripada brader lori sampah yg berbunyi "Jadilah Melayu yg berkualiti", maka semangat aku pun membuak-buak untuk ke motor dan menyuapkan petrol sambil lagu Oh-Tandas-Berkualiti-Pasti-Hidup-Berkualiti ke udara di dalam fikiran.




Kesimpulannya apa ye adik-adik??? Akhirnya kura-kura pun menang perlumbaan itu menewaskan arnab bongkak yg tidur nyenyak di tepi jalan.



Panjang cerita aku ni ada macam panjangnya cerita arnab lumba dengan kura-kura tak?





2 ulasan:

pandangan terpuji berkata...

jambatan apakah yang makcik itu maksudkan sebenarnya?

tikusmando berkata...

jambatan sudah roboh... sudah roboh.