Isnin, 23 Januari 2012

Evolusi.




Pada suatu hari, aku pulang ke tanah air Ipoh dengan berbekalkan motorsikal beroda dua dan segalas beg hitam berisi kompiter riba dan pakaian. Setibanya aku di lebuhraya, suasana mula bertukar. Kesesakan lalu lintas menyebabkan beberapa kenderaan turut terikut ajaran sesat dengan berada di lorong kecemasan walaupun tidak di dalam cemas. 



Benda-benda macam ni kadangkala membangkitkan kemarahan. Bayangkan terpaksa menyelit di celahan kereta yg kesesakan. Risiko itu sudah pasti tinggi, dengan kadang-kadang terdapat kenderaan yg kurang berpendidikan, menukar lane dengan sesuka hati tanpa signal.  



Sepanjang aku di lebuhraya, sekali berhenti di Rawang untuk mengisi minyak, sekali berhenti di Tanjung Malim untuk berehat membuat regangan otot dan sekali pula berhenti di Tapah untuk mengisi perut dan tangki yg kelaparan. 



Di setiap perhentian, aku mula sedar suatu perkara. Apa yg pasti, ramai warga Cina yg pulang ke tanah air masing-masing. Namun, kebanyakan mereka sudah tidak lagi putih, berkulit sawo matang, dan mata juga tidak sepet. Mungkin inilah yg dikatakan, evolusi. 

2 ulasan:

Nadhira berkata...

tidak seperti kau yg mana mata kekal sepettt. gong ci fat coiiiiii.

tikusmando berkata...

mata seksi apa boleh buat.