Jumaat, 13 Januari 2012

Yuna.

Pada suatu hari, aku pergi menonton Yuna, Terukir di Bintang. Yuna ni pulak jenis yg senang merajuk. Kalau aku tak datang nanti merajuk la itu la ini la. Aku pulak jenis yg tak berapa reti nak pujuk memujuk rayu merayu. Tapi kalau kena saman, otomatik jadi reti buat rayuan.



Disana, aku lihat banyak pasangan yg hadir. Romantik. Aku pula hanya mampu melihat pasangan aku berada diatas pentas sedang melunakkan lagu. Terdiam jugak la aku dibuatnya. Penuh penghayatan.



Lepas Yuna perfom, semua orang berpusu-pusu beratur nak ambik gambar dengan Yuna. Aku pulak macam biasa, pura-pura beratur sama dengan mereka. Yelah, takut nanti wartawan tahu hal sebenar, susah juga. Lagipun kami belum bersedia lagi nak beritahu hal sebenar pada media.



Setibanya di depan Yuna, kawan aku Farid SMJ lantas menghulurkan CD album terbaru Yuna yg baru beli tadi, untuk diautografkan. Aku perhatikan, boleh tahan juga Yuna ni berlakon buat-buat tak kenal aku taim tu. Farid SMJ mintak Yuna tuliskan nama dia dan aku.



"Tulis Farid and Zack"



Masalahnya, Yuna ni overacting pulak buat tak kenal aku, dia boleh bantai tulis "Farid NZ". Dia ingat si Farid SMJ tu muka New Zealand sangat ke?




Tapi tak apalah, aku tak ambik pot sangat pun hal tu. Cuma yg aku hairan, masa beratur tu bila aku toleh kiri dan kanan, kenapa ada banyak sangat Yuna?

5 ulasan:

pandangan terpuji berkata...

haha. tension mak nok.
AND ZACK jadi NZ aje.
sayu je hati anda mesti kn?

Nazreen Hashim berkata...

aku rasa kau salah yuna ni. ekekeke.

najwa aminah abas berkata...

yuna ya? kau dan yuna?
#geleng kepala
kthanksbai

Juno berkata...

kenapa semua orang nak yuna ni. takde ke yang minat sharifah aini.

tikusmando berkata...

nazree, sumpah sayu. dan sayur hati ini.


nazreen, gila kau salah. aku kenal yuna aku.


najujett, kbai.


Juno, serius aku minat lagi sharipah aini daripada kepop.