Jumaat, 16 Mac 2012

Dua 3/4 Tahun.

Sudah lebih dua 3/4 tahun aku dan dia bersama. Aku sudah kenal sangat perangai dia. Segala tutur kata dia, sikap lemah lembut dia, rutin harian dia, makan minum dia, semua aku tahu. Segala detik-detik indah bersama yg aku dan dia dah lalui, tidak pernah sedikitpun aku lupa dan tidak pernah sedikit pun aku cerita pada sesiapa. Cukuplah hanya aku dan dia yg tahu.




Bila mana aku dalam kesusahan, dia pun turut berada di sisi aku dan berkongsi rasa. Bila aku dalam gembira, cukuplah aku gembira sorang-sorang. Itulah erti kasih sayang abadi.




Sebenarnya aku tak pandai nak menabur kata-kata indah. Aku juga tak pandai nak bersikap gentle sepertimana lelaki lain. Aku cuma menjadi diri sendiri. Dia pula cukup memahami. Tak pernah merungut, tak pernah membenci, sebaliknya terus menerus berkongsi rasa dengan aku.




Sudah banyak yg aku korbankan untuk dia. Tak terkira. Semua itu demi membuktikan kasih sayang sejati. Abadi hendaknya.




Tapi apa-apa pun, aku ingin memohon seribu kemaafan. Yelah, minyak hitam dah masuk 4000 baru aku tukar. Tayar belakang pulak dah botak separuh macam rambut Neymar, pun baru aku nak tukar. Basuh pulak, bila dah kotor saing-saing forwil draiv, baru aku bernafsu nak basuh.




Dah nak masuk tiga tahun bersama ni, harap-harap tak masuk Bersamamu.

2 ulasan:

Aizul berkata...

Aku harap ko x masuk Bersamamu jugak, kang meleleh airmata aku menengoknya.

Unknown berkata...

Tak, skang cite dia sebenarnya kau sembang pasal kereta?


Aku rasa mendidih.