Apakah kriteria yg perlu ada untuk menjadi seorang yg berjisim tinggi? Jikalau orang gemuk ingin menjadi kurus, orang kurus pula nak jadi apa? Takkan nak jadi ramai kot? Pikir punya pikir, maka aku pun sudah mula sedar yg aku seharusnya menggemukkan diri dengan kadar segera.
Tambahan pula, baru-baru ini gempar di fesbuk dengan berita bahawa lelaki yg berperut buncit adalah lelaki yg penyayang. Pada aku, setetmen ini sedikit sebanyak mampu mencetuskan demo kelak dikalangan lelaki-lelaki bersikspek seperti aku. Mana aku nak sorok muka kalau macam ni? Muka tak apa lagi, paling penting mana aku nak sorok 6 ketul sikspek tu kalau perkara ini masih berlanjutan.
Menyedari akan hakikat itu, nampaknya aku sudah mengambil tindakan bijak dengan mula menjadualkan dan mengemaskini semula rutin harian hidup aku agar terisi dengan aktiviti-aktiviti yg boleh mendatangkan kegemukan. Antaranya ialah bangun tidur mengikut kehendak hati, meminum susu yg bukan sebarang susu, memperbanyakkan tidur petang, mengelakkan diri daripada membuat sebarang kerja-kerja menaip seperti buku log dan menulis tesis, menimbang dambel, menuit perkara-perkara ilmiah di tuitter, menghantar baju ke dobi dan mengelakkan diri dari meminjam PTPTN.
Harapan aku adalah agar diri aku dapat mengembalikan zaman kegemilangan sewaktu masih bayi, dan juga semoga fesbuk tidak resis lagi di dalam membeza-bezakan lelaki buncit dan lelaki non-buncit.
Jika selama ini aku memegang kata-kata Rahim Razali iaitu "
Kini, baru aku faham erti hidup berwawasan.
2 ulasan:
janji tak sakit sudahh...
tp lau dah kawen wife la sakit..
pompuan lepas kawen mudah je naik badan dapat suami jenis menten memang sakit atiiiii...hoooohhhhh
(jadi sesi meluahkan rasa lak)
salam.
lame bebenor gua x melawat blog lu. ade lg rupenye.. ekekekeke.. bgus2.. lu xnak berkhemah gak ke kat dataran??
p/s : hai she-G? auwwww..
-BajuKurung-
Catat Ulasan