Ahad, 27 Mei 2012

Hari Sibuk.




Hari itu hari sibuk aku. Mata aku dah celikkan bermula jam 8 pagi, untuk memastikan 2 keping roti canai dan segelas teh tarik menjadi sebatian yg terlerai di dalam perut. Memang jarang aku sarapan kena pada waktunya. Tapi kerana hari itu hari sibuk aku, maka aku tak ada pilihan lain.



Pung pang pung pang, matahari sudah tersadai ke sebelah barat. Aku pulak belum menikmati makan tengahari yg selama ini sering menjadi sarapan bagi aku.



Macam biasa sebagai melayu yg meneruskan warisan, nasik berlauk tetap menjadi keutamaan. Juga sebagai melayu beradat dan beradab, duit dihulurkan setimpal dengan harga dikenakan. Masuk yg itu, sudah dua hari makan di tempat yg sama, di waktu yg sama, dengan pakcik yg sama menjadi keshier.



"Kerja ke dik?" Tiba-tiba pakcik tu membuka mulut. Mungkin dia pelik melihat kelibat dua lelaki yg makan pada waktu-waktu yg bukan kemuncak.



"Haah. Ada kerja sikit tadi" Balas aku sambil carik dompet nak hulur duit.



"Kerja apa? Mentenen ke?" Dia terus menyoal.



"Eh tak. Saya pelajar tahun akhir. Ada kerja sikit pasal projek tahun akhir" Aku jawab sambil tersengih separuh.



"Oh yeke... Pakcik ingatkan mentenen tadi yg duk ripeir-ripeir lampu dekat sini". Balas pakcik itu lagi sambil bersiap sedia kalau-kalau dia kena tumbuk.





Aku belajar sesuatu pada hari itu.



Aku belajar bahawa seorang lelaki yg selekeh smart pun kadang-kadang boleh disalah anggap sebagai abang mentenen.









Jumaat, 18 Mei 2012

3 Hari di Selatan.




Itu hari aku ke selatan tanah air bertujuan untuk menjaga hati kawan-kawan. Tornemen futsal terpaksa aku tinggalkan, dan khabarnya mereka beroleh naib johan. Lega juga aku mendengarnya kerana kalau aku ada, peringkat kumpulan entah lepas ke entah idak. Itu pun sana sini aku dengar rungutan. Lantaklah, benda dah jadi pun. Bak kata pepatah, nasik sudah menjadi dubur bubur dan bubur sudah di dalam perut.



Semasa di selatan tanah air, aku sempat menjejakkan kaki ke beberapa tempat antaranya JB City Square, Pasar Karat, Johor Premium Outlets, Stulang, UTM Skudai, dan juga Hospital Permai, Tampoi. Tapi sayang, puas aku mencari Borhan namun tidak juga jumpa-jumpa. Mungkin dia sudah bersara dari arena Keluang Man. Yang ada hanyalah Farid SMJ menghabiskan sisa-sisa prektikalnya di Tampoi. Bila direnung-renung semula, tak jauh bezanya si Farid SMJ ni dengan pesakit-pesakit yg dia hendel. Aku ingat dia prektikal sebagai therapist, rupanya prektikal sebagai pesakit sekali.



Di JB City Square, Aku, Syed, dan Farid SMJ banyak menghabiskan masa berlegar-legar memerhatikan suasana hujung minggu yg sedikit sesak. Itu pun 5 minit pertama dibazirkan sebab tak jumpa pintu masuk. Setelah duduk bertenang selama lagi 5 minit, barulah dikurniakan ilham untuk menjumpai pintu masuk. JB City Square ni pada aku kira macam Johor punya midveli la.



Masuk ke satu kedai, tiba-tiba ada seorang makwe perhatikan kami bertiga. Amboi makwe ni takkan la tak pernah tengok orang Singapore kot? Agak puas dia perhatikan, kemudian dia bersuara, "Mengantuk ke? Pergi la balik rumah tidur dulu", sambil pandang ke aku. Boleh tahan sopan juga dia ni. Pensyarah pun tak pernah dan tak berani nak tegur aku macam tu, ni tiba-tiba dia boleh tegur aku macam tu apahal? Mungkin dia belum kenal aku siapa.



Dia memang betul-betul tak kenal aku dan tak tahu asal usul aku, itu pasal dia berani cakap macam tu.




Mungkin jugak dia tak tahu yg aku dah khatam cerita Mann dan Kuch Kuch Hotta Hei buat pertama kalinya, dalam bas semasa pulang dari JB ke Puncak Alam.










Rabu, 2 Mei 2012

Lilin Penerang Alam.




Itu kali pertama aku keluar berhadapan. Macam biasa, sedikit berdebar. Tapi bila sudah hadap, tak ada apa yg dapat aku rasa melainkan kelegaan abadi. Senyuman yg mahal tu, tetap aku beli walaupun semahal mana. Sebab aku tahu, semahal mana pun ia, mahal lagi aku senyum. Ada lesung pipit belah kanan. Lesum enggang, belah kiri. Lesung ke lesum ni?




Kemudian, dia bagi aku lilin. Dari tempat duduk deraiver bas, dia suruh aku nyalakan. Aku yg berada di sebelah kotak gear bas, ambil tanpa banyak membantah. Seluk poket, capai laiter, terus nyalakan dan cucuh ke sumbu. Bila sudah menyala, aku titikkan air lilin tu ke deshbod bas dan tegakkan lilin diatasnya. Rasa hangat jari aku yg terkena air lilin, membuatkan aku sedar bahawa air lilin itu sebenarnya panas, sepanas teh o panas yg belum sejuk.




Sebanyak 2 batang lilin berjaya dinyalakan dan ditegakkan. Satu untuk aku, satu lagi dia. Untunglah di dalam bas itu, hanya kami berdua.





Entah mende-mende yg aku cuba borakkan untuk hidupkan suasana. Bila sudah sampai satu tahap yg dipanggil tahap tak boleh blah, maka aku pun hentikan. Suasana bisu. Mata aku pejamkan. Tenang. Nafas ditarik dalam-dalam. Cuma jantung sedikit lub dup lub dup.




Berbekalkan sedikit kekuatan, aku cuba membuka mata kembali. Apa yg aku lihat pada waktu itu hanya satu.







Siling bilik.