Rabu, 2 Mei 2012

Lilin Penerang Alam.




Itu kali pertama aku keluar berhadapan. Macam biasa, sedikit berdebar. Tapi bila sudah hadap, tak ada apa yg dapat aku rasa melainkan kelegaan abadi. Senyuman yg mahal tu, tetap aku beli walaupun semahal mana. Sebab aku tahu, semahal mana pun ia, mahal lagi aku senyum. Ada lesung pipit belah kanan. Lesum enggang, belah kiri. Lesung ke lesum ni?




Kemudian, dia bagi aku lilin. Dari tempat duduk deraiver bas, dia suruh aku nyalakan. Aku yg berada di sebelah kotak gear bas, ambil tanpa banyak membantah. Seluk poket, capai laiter, terus nyalakan dan cucuh ke sumbu. Bila sudah menyala, aku titikkan air lilin tu ke deshbod bas dan tegakkan lilin diatasnya. Rasa hangat jari aku yg terkena air lilin, membuatkan aku sedar bahawa air lilin itu sebenarnya panas, sepanas teh o panas yg belum sejuk.




Sebanyak 2 batang lilin berjaya dinyalakan dan ditegakkan. Satu untuk aku, satu lagi dia. Untunglah di dalam bas itu, hanya kami berdua.





Entah mende-mende yg aku cuba borakkan untuk hidupkan suasana. Bila sudah sampai satu tahap yg dipanggil tahap tak boleh blah, maka aku pun hentikan. Suasana bisu. Mata aku pejamkan. Tenang. Nafas ditarik dalam-dalam. Cuma jantung sedikit lub dup lub dup.




Berbekalkan sedikit kekuatan, aku cuba membuka mata kembali. Apa yg aku lihat pada waktu itu hanya satu.







Siling bilik.






























2 ulasan:

fiqas berkata...

tulisan yg bagus.. cerpenkah?

Tanpa Nama berkata...

owh...mimpi rupanya...h_h