Jumaat, 27 Julai 2012
Bukan Sekadar Nasi Ayam.
Siang tadi aku menziarah Kolumpo. Tak banyak yg berubah sebenarnya. Aku tengok, KLCC masih lagi dua. Bilangan perajurit di Tugu Negara pun masih tak berubah. Jalan jem memang tak payah cakaplah,
dulu kini selamanya.
Sepanjang aku melawat Kolumpo siang tadi, aku berbuka di Chicken Rice Shop, bukan
sekadar nasik ayam. Tebel sebelah ada satu makwe, yg boleh tahan comel. Susah juga nak berbuka
puasa bila ada makwe duduk tebel sebelah ni, terganggu fokes nak berbuka tu. Nak pulak,
makwe tu asyik toleh ke tepi pandang ke tebel aku. Fuh, boleh tahan ligat juga dia.
Mak dengan bapak dia pulak ada je duduk setebel dengan dia. Maknye pulak, siap tegur lagi,
"Amboi jangan nak pandang sangat jejaka-jejaka meja sebelah tu". Itu sudah cukup
memerahkan pipi aku.
Tapi makwe tu memang comel. Muda pun muda. Sekali pandang je, mesti nak senyum. Manis pulak tu.
Mungkin inikah cara mengorat terbaru yg diamalkan di Kolumpo masa kini?
Tapi, bila aku fikir-fikir balik, rugi jugak pasal dia tu baru berumur setahun. Naluri kewanitaan
dia kuat juga, sebenarnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
serius wat aku sakit jiwa baca entry nie.. :p
bahay ni z...ko layan gak umur setahun...kikikiki....
:'P
Catat Ulasan