Ahad, 2 Disember 2012

SNBJ.





Tadi malam, aku turun ke SNBJ dengan berbekalkan makian di tangan sebelah kiri, dan harapan di tangan sebelah kanan. Kepada sapa-sapa yg tak tahu SNBJ tu apa, dia lebih kurang macam SNSD. Tak banyak beza.




Laluan untuk ke SNBJ pada malam itu, memang mencabar minda dan sanubari. Bayangkan terpaksa membawak motor member, yg tuannya sibuk nak duduk belakang dan kibar bendera. Dia tak sedar yg motor dia brek macam lahanat punya tak makan nasik.




Sampai-sampai je di SNBJ, aku terus carik Rajagobal. Tapi haram tak jumpa pasal ramai sangat orang. Kalaulah aku jumpa dia, jangan cakaplah.... memang aku salam dia hidup hidup.




Setelah meredah lautan manusia kuning untuk menuju ke pot yg telah di VVIP-kan oleh member yg sampai awal, akhirnya aku menenangkan diri seketika. Cuba menjadi setenang Rajagobal. Pot yg dipilih tu, memang kemas. Memang betul-betul tengah. Lagi 'tengah' dari orang yg sikat rambut belah tengah.




Sepanjang minit perlawanan, aku peratikan je sikap penyokong disekeliling. Memang semua tak luak dengan caci maki, joget tari, dan tepuk nyanyi. Mungkin budaya ni dah sebati dalam arena penyokongan bolasepak tanah air agaknya.





Masuk je bab caci maki, memang orang kita nombor satu. Sebenarnya bukan apa, kita kena faham. Caci maki ni terjadi sebenarnya nak tunjukkan yg kita ni betul, yg kita ni kalau main jauh lagi pawer dan handal daripada yg tengah duk main, dan juga nak bagi sedap hati pasal dah beli tiket mahal-mahal. Itu je sebenarnya. Benda ni kita dah memang biasa buat.




"Woi passing laaaa natang! belah sana kosong kottttt".



"Tak payah nak memondan sangatlah sikit-sikit jatuh sikit-sikit jatuh".



"Clear jela bola tuuu... Ko nak tunggu mende laginyeeee??!!!".



"Refffff!!! Ofsaid kot. Kayu punya referi!!!".





Semua ni kalau takat bisik dalam hati, dia tak jadi hal. Tapi benda-benda ni konfem akan disampaikan melalui jeritan, yg kadang-kadang boleh membuatkan suara ko hilang dan ko miskol banyak-banyak kali pun tetap tak jumpa jugak suara tu. Tapi itulah dia. Kalau kau datang stadium tapi duduk diam tarik nafas dan sibuk nak "Ssshhhh" ke orang lain, ada lebih baik kau pegi perpustakaan ye dak?

Jangan risau. Benda ni takkan ada yg berani nak tegur kau. Pasal deme pun tengah sibuk duk pikir nak maki apa.





Ok masuk hal yg kedua, hal joget tari. Yg ini tak ramai yg berani nak perfom. Ada segelintir yg betul-betul tengah high je yg berani mati berjoget-joget ni. Tapi, kalau pasukan yg kau sorak tu jaringkan gol, kau nak berjoget, hah lantak kau lah kat situ.

Kalau ada yg teringin nakkan kelainan, cuba la berjoget menari taim pasukan lawan skor gol. Untung-untung boleh keluar mukasurat depan surat khabar besoknya.





Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu. Untuk apa kita dilatih dari kecik untuk tepuk, kalau kau pegi stadium tapi langsung takde tepuk tangan? Tepuk tanda kita hargai, sokong, beri semangat. Bila gendang dipalu, lagi sedaplah kalau tambah dengan nyanyian. Menyanyi tu pulak tak payah kalut nak jaga vokal. Juri bukannya ada pun. Bab-bab nyanyi ni, aku malas nak sentuh sangat. Orang kata, menyanyi tu menyanyi jugak, tapi bola kalau tak tengok, baik tak payah turun stadium. Yg itu, pandai-pandai la engkorang susun jadual bila nak besorak, bila nak tepuk tangan, bila nak bejoget, bila nak menyanyi, dan bila nak habis masa (khusus untuk pasukan yg sedang mendahului tipis dan pasukan itu pasukan kita).





Apa pun, sokong tetap sokong. Sokong tak bermakna kau kena turun naik stadium. Sokong itu bermakna, kau ambil tahu, berdoa, dan pasang harapan. Benda-benda ni depan tivi pun boleh buat, kecuali kalau taim hujan dan tivi tu keluo "Service not available". Kalau jadi macam ni, bolehlah praktiskan caci maki tu. Jangan pulak praktis sekali dengan joget tari tepuk nyanyi, nanti jiran sebelah kalut pulak nak pindah rumah.







***


Semalam adalah antara aktiviti hujung minggu yg sihat, untuk seorang rakyat Malaysia macam aku.




Inilah gambaran sebenar SNBJ. 





Yelah-yelah sabarlaaa aku tengah kumpul duit la ni nak beli jersi. 





Macam mana bendera boleh terbalik side tu, aku pun tengah duk fikir lagi sampai sekarang.




Ini dia oltros dari Perak, Selangor, Kedah dan Melaka.  









Oklah, aku nak sambung "Hai" ke mamat Indon yg provok-provok itu hari. Jumpa dekat tuiter. Cau.






1 ulasan:

hana berkata...

waahh..
untung la g SNBJ...
ahad ni g x??
=D