Selasa, 18 Ogos 2009

pakcik yang stylo!

pagi tadi tidak ada bezanya dengan pagi pagi yg laen
sepertimana biasa,keluarlah aku menunggang motosikal untuk ke fakulti.
di atas jalanraya...betul betul berada di hadapan aku
seorang pakcik kiranya,sedang menunggang motosikal EX5 kalau tak salah
dengan penuh hemah,khusyuk dan tawaduq.

mata aku tertarik pada sesuatu...
xmungkin mata aku berbohong walaupun ada berbaur kemengantukan yg sedikit peratusannya.

berkelip aku 2-3 kali...cuba memastikan kebenaran yg terpampang jelas..
yaa,..
pakcik yg berbadan gempal bersweater itu....
menggalas beg MICKEY MOUSE
jika dipadankan dengan kanak-kanak
sudah tentu kelihatan comel
namun,apabila seseorang sepertinya yg menggalas beg itu...
sedikit janggal dan seakan menggeletek hati hati insan yg melihatnya..


tertanya tanya juga aku...mengapakah sebigini stylo pakcik ini?
tapi...tiada aku pedulikannya kerana aku ingin mengejar masa yg pantas berlalu pergi.
kerana kecermatannya,maka aku terpaksalah memintas dia.


fuhhh.
kadang kadang ada perasaan seperti ingin memukul diri sendiri
apabila terlihat akan sebujur kaki yg terselit dari celah celah ketiak pakcik itu
(pandangan dari sisi belakang bersudut 35darjah)




janganlah menyalahkan seorang bapa yg tulus iklas menghantar anaknya kesekolah di pagi hari.

Tiada ulasan: