Isnin, 28 September 2009

raiya raiya dan raiya.

untuk tidak mahu membalikkan diri ke KL secara berseorangan, aku telah membuat perjanjian tidak rasmi dengan sepupu aku supaya pulang secara berjemaah.(konvoi)
27 kali ganda kan?
masa yg biasa aku ambil untuk pulang ialah ketika mana matahari pagi sepoi sepoi menerjah kulit sweater aku, kali ini telah bertukar waktu disebabkan beberapa babak perjanjian yg sedikit corrupt.
dari ipoh pukul empat petang, tiba di KL hampir senja disebabkan perkonvoian yg terpaksa mengambil kira situasi rakan rakan konvoi yg lain.


adalah dua ke tiga kali berhenti.
disamping menyuapkan minyak RON 95 ke mulut awek merah yg sangat manja sehingga memaksa aku menyuapkannya, aku juga tidak terlepas untuk memanfaatkan air nescafe free yg dijaja oleh lori lori bersimbol nescafe di perhentian tertentu.
sambil minum sambil semawa air kepada awek awek dalam bas yg gelisah menunggu drebar bas yg dilanda sakit perut gara gara menelan ketupat melebihi dos yg dibenarkan sambil memandu.
(minta JPJ check drebar bas yg macam ni)


sampai di kolej, macam biasa aku berdekah dekah dulu dengan sahabat handai.
masing masing dengan cerita raya masing masing yg masing masing sahaja yg tahu cerita masing masing..
rindu pada rakan taulan diubat dengan pertukaran kuih raya ala ala pelajar malaysia bertukar pelajar dengan pelajar jepun dibawah naungan homestay.


malam itu tanpa mengambil kira desas desus tentang tarikh luput penghantaran assemen yg sudah pastinya aku tidak sentuh apatah lagi menyebut perkataan itu di rumah (demi menjaga mood raya), aku nekad untuk tidur awal...kerana penat lelah letih piah yg aku alami masih belum terubat dengan antibiotik yakni tidur.






oh ya,
aku telah membuat rekod dengan menjadi orang pertama yg menggosok baju menggunakan berus basuh baju di luar daripada bilik air (ruang tamu) tanpa menggunakan sabun pencuci apatah lagi vanish.


terima kasih kepada baju emak daku yg berkilau kilau manik halus bergemerlapan yg digaul dengan baju baju aku di dalam mesin basuh di rumah.
lalu mencetuskan baju aku yg juga berkilau kilau, seterusnya menaikkan nafsu raya yg kian lupus dek assemen.
baru terasa meriah raya bila orang pandang kita silau silau.

berani???
cubalaaaahhhhh....................................

(aku tak berani, tu yg guna berus basuh baju tu)

1 ulasan:

BajuKurung berkata...

hakhakhak.. ok ar tu. kompom lecturer lu snyum manje tgk lu pg kelas pkai baju bling2.. ahaks..