Jumaat, 9 Oktober 2009

identiti diri?

aku malas nak cerita panjang panjang. begini,...
rumah aku di tingkat enam belas, dan merupakan penamat kepada rumah kaum adam.
maksud aku disini ialah, atas tingkat aku ni ialah tingkat tujuh belas la. (bagi mereka yg ketiadaan sempoa)
tingkat tujuh belas ni merupakan tingkat budak perempuan, budak?
mungkin wanita perempuan. tapi, adekah wanita lelaki?
ah itu bukan kesaspenan yg cuba aku timbulkan disini.



di tingkat mereka ini, terdapatnya air penyejuk atau dipopularkan dengan nama lain iaitu waterkuler.
bila kedahagaan menerpa, maka terpaksalah aku naik ke tingkat mereka ini untuk mengambil air air segar deri perut paip, bukan bumi.
sewaktu aku berjalan mendaki anak anak tangga yg terbiar tanpa asuhan ibu mereka,
aku terpandang sebuah rumah yg tidak tertutup rapat albabnya.
aku lalui juga denai denai dan liku liku untuk ke waterkuler itu sambil berharap agar tidak ada makhluk makhluk yg keluar dari pintu itu dengan hanya memakai tali temali setebal tali kasut.


dikala duduk bercangkung sambil menyisip kemas kain pelikat aku dan menanti tadahan air untuk penuh,
kedengaran seperti ada orang menghendap aku.
namun aku making fool sahaja.
ok, mungkin itu hendapan yg mereka lakukan terhadap aku. tak apa aku kasik can.



tiba tiba aku dengar perbualan seperti berikut;

"tadi ada orang lalu depan ni la..." kata suara sengau

"perempuan la yg lalu tu...." kata suara sumbang

"perempuan ke lelaki, aku rasa macam lelaki" kata suara sengau lagi.

"perempuan lah...." balas suara sumbang.



ok, mereka melihat rambut aku dari belakang dan menyangka aku seorang perempuan...apekah aku akan maafkan mereka?









SHIT!!!

im a man you know!
how dare you act like a stupid dumbass and somehow cant recognize between a man and a man who sold the world?



- elok aku lalu je depan pintu yg tebuka sedikit (tak tertutup rapat), GEDEBAMMMM....dia punya tutup pintu tu, ingat aku tak tau yg dia skodeng aku. kalau mahukan sain aku, keluar jela. boleh je aku tempekkan sain kat dahi sorang demi sorang.







4 ulasan:

BajuKurung berkata...

hahaha.. so, x perlu la gua kutuk lu.. cz ppuan2 tu did it on behalf me.. :p

Shoot Vengeance berkata...

tell me, r u a man or women? whoaaa :O

she-G berkata...

sendiri paham la bader...jaman skrg neh semua leh jadik so jgn jadik sorang darik yang seme leh jadik tu k?hahaha...
*seb baik tak kata laki ke nyah..lagi naye..

twilight berkata...

kan ak da sruh potong rambut ko yg 2.5m tu
ha...
kan da kena
ish3