Rabu, 7 Oktober 2009

treasure hunt versi aku.

ahad hari itu telah diadakan program sehari bersama MELTECH (sila google)
dan aku telah ditugaskan untuk menjaga cekpoin 8 bagi acara tresure hunt.
maka, penderaan bagi junior junior pun bermulalah di cekpoin 8 yg dikepalai oleh aku, PES5662 dan daus comel.

mudah sahaja cekpoin aku, tak payah alat perkakas banyak banyak.
aku cuba mengajak mereka bermaen dengan ayat, itu sahaja.
mereka ditugaskan untuk memassing ayat yg aku bacakan kepada rakan lain seorang demi seorang.
aku namakan ia, radio rosak (komersial bukan?)


ayat 1:

ku kaku kerana kuku kiri kaki kakakku kematu. kelmarin ku kerat kuku kaki kiri kakakku, ku gembiraaaa...........


ayat 2:

sarjit singh suka sakat sapiah. sapiah selalu sabar, sabar sabar sapiah, sapiah seringkali sedih sebab sarjan suka saman sapiah


ayat 3:

hari hari husin hilang hanset. hanset husin hilang hingga hati husin hancur. husin harap hari hanset husin hilang, habis..............

(bebulu telinga aku pikir ayat ayat ni semua)

mudah gila cekpoin aku, tapi aku pelik sebab langsung tak ada kejayaan yg boleh dibanggakan di kalangan peserta.
ingat aku nak lepas senang senang?

dendanya pun mudah.



cuma nyanyikan lagu raya ahmad jais dan dj dave sahaja.
itupun kau orang tak mampu?


ape susah sgt ke nk nyanyi lagu dengan setiap baris lirik diterbalikkan?

hei, aku boleh nyanyi dengan tak ada sasul langsung la....
(sambil tengok lirik yg aku dh siap terbalikkan tu atas kertas.)
sah sah tak boleh masuk jangan lupa lirik terbalik.






3 ulasan:

BajuKurung berkata...

lu layak lari dlm guni je.. x pun bawak bola pingpong lam sudu.. hahaha..

Unknown berkata...

hahahaha...ayat 1st tu besa jer dgr..yang len payah sket...asal denda jer nyanyi..tak besh lorr..bagik kijam sket

tikusmando berkata...

suruh menyanyi pun mereka terkapai kapai.

dh cuba try test ke menyanyi lirik terbalik?

setakat lari dlm guni, aku boleh kalahkan usain bolt senapas je.