kamon la...bi peropesional la...
tak kisah la kau miang ka gatai ka apa ka...
tolong la jangan bagi malu laki laki...(bukan kumpulan lucky-lucky tu)
tunjukkanla kredibiliti sebagai seorang pengorat sejati...
"you are my angle"
sapa sapa boleh ulaskan dan kupas satu satu mengapa orang itu boleh jadi bengap bengap itik?
Rabu, 27 Januari 2010
Jumaat, 22 Januari 2010
situasi---bukan nyanyian bunkface.

bagaikan tersepit antara dua benua. setiap tindak tanduk perlulah diatur dengan kemas dan bijak.
ya. kemas dan bijak.
tapi, kadangkala kealpaan yg setebal satu sel, boleh membaham diri sendiri.
lihat bagaimana sikap optimis boleh menyebabkan seseorang itu didalangi situasi yg, yg sebenarnya sangat sangat tidak dipinta, digeruni, dan tak ingin dihadapi sendiri.
tak ada sapa pernah buat. hanya aku...,
selamba...
hari itu hari malang aku.
hari itu hari aku bergaduh sama itu merah punya awek.
hari itu aku hilang segala keriangan yg sebati dengan aku.
dari jauh aku sudah nampak lambaian manja lemah gemalai jari jemari pak gard tanda mahukan aku berhenti.
berhentilah aku tanda hormat akan beliau.
dan, tanpa diduga (dah duga dah pun sebenarnya) selamba motor merah aku mati enjin.
"eh apahal pulak motor ni..." (pura pura cemas)--- nampak tak saspen kat situ?
setat setat banyak kali tapi tak hidup hidup jugak. pura pura tenang.
lantas si pakgard bertanya,
"kenapa dengan motor kamu?"
pantas aku menjawab seperti seorang yg menekan buzzer untuk menjawab kuiz,
"motor ni memang macam ni. problem sikit."
rupanya pak gard itu lagi selamba daripada aku,
"habis minyak tu...."
perghhhh......rasa macam nak sorok muka ni di bawah telapak kaki ibu.
perghh...padu sial. memang tepat setempek kat muka.
awal awal lagi aku dah tau. mana nak sorok kemaluan agaknya ye?
macam mana setel benda habis minyak tu, aku tak nak cerita. nanti ada yg kata cerita ni boleh ganti slot Nur Kasih pulak.
simpan air mata kalian untuk benda yg lebih bermoral.
___________
minyak moto habis tengah jalan. apa rasionalnya?
apa salahkah aku kerana memiliki sikap yg optimis?
"rilek r bai. motor tu minyak banyak lagi. jauh lagi boleh pacu tu..."
walaupun jarum dah lepak bawah daripada E. (E for Empty)
salah! sebab semua bukan salah aku.
semua salah penaja biasiswa yg cukup prihatin. kalau aku bukak wolet, duit ada dalam tu, benda benda macam ni takkan terjadi.
penaja biasiswa ni pun satu hal. kata bodo karang marah, kata stupit karang gelak.
___________
di suatu situasi yg laen..
kad matrik aku pulak hilang. yg ini memang penyedap rasa la.
walaupun jarang memakainya, tapi aku cukup pantang kalau harta kepunyaan sendiri ghaib secara tiba tiba.
nak pergi buat baru? tunggu la bila aku mendapat petunjuk untuk dibukakan pintu gate hati ni.
__________
potostat satu hal. asal pegi potostat je, muka aku.
banyak sangat nota untuk sekelas ni.
mungkin aku bakal tercalon untuk ABPPBH kot. siapa tahu?
(anugerah bintang paling popular pernah buat hal.)
dah berhari hari potostat siap, tak ambik ambik lagi.
duit tak ada bai. tangguh dulu... makcik yg panggi aku "Jikeril" pun pasti menegur kalau nampak kelibat aku di kawasan potostat itu.
oh ya, begitu juga akak kedai makan yg entah kenapa, terkena penyakit tak-boleh-nampak-aku-kalau-tak-pasti-tegelak.
dia boleh bantai gelak masa nak amik order. tak pernah mempertimbangkan langsung samada aku serius atau tidak masa itu.
spesis yg ni aku baru jumpa pertama kalinya dalam hidup yg 21 tahun ni.
pesen tak ada ribut taufan, tiba tiba gelak nampak aku. kena sihir ke apa entah.
____________
sekarang ni tengah berhutang sana sini keliling pinggang. terima kasih dunia slim. mujur pinggang aku slim je.
bukan aku tak ada mak bapak. cuma sebagai anak lelaki sulung, sampai satu tahap tu kita akan sedar yg kita tak boleh terlalu bergantung pada orang tua kita. walau seteruk mana situasi kita hadapi, adalah tenang jika tidak bergantung kepada mereka. lagi lagi soal kewangan. aku dah melepasi jauh tahap itu. mungkin memang dididik begitu.
dan, paling merisaukan........... mana nak gantung baju, hanger dah habis.
Selasa, 12 Januari 2010
bersepah.
senang cerita, bersepah ni boleh diertikan sebagai tidak kemas.
contohnya,
seseorang yg berpakaian tidak kemas akan membuatkan orang berkata begini:
"apelah bersepah betul dressing mamat/minah itu"
contoh lagi,
bila seseorang maen bola dengan membabi butanya:
"gila bersepah sial mamat tu main bola"
tak apa. itu biasa. selalu didengar.
tapi ada lagi jenis bersepah yg kadang kala kita tidak sedar, tetapi bila kita sedar, lantas kita akan berdekah dekah tertawa. yang ini memang betul betul Ho Liao!
contoh paling mudah ialah, apabila ingin menyebut "CERITA CUCU BETONG"
dan sebutannya ialah "CECICA CUCU BETONG"
bersepah bukan? lihat saja pada sebutan, pertuturan dan makhrajnya...
___________
semalam selepas membeli dan terus belah daripada Tesco, operasi memasang rak buku pun bermula.
setelah langsai memasang, maka buku buku pun diatur kemas ke rak tersebut.
rak buku itu bertuankan seorang rakan of aku (nama tidak dapat dinyatakan kerana kemaluan yg dialaminya sangat besar)
dia ada mempelawa aku untuk meletakkan buku buku aku bersama pada rak kepunyaanya.
dan,
ayat yg sepatutnya digunakan ialah:
"ko nak letak kat mana TIKUS, BUKU-BUKU ko?"
malangnya, ianya jadi begini:
"ko nak letak kat mana BIKUS, TIKU-TIKU ko?"
sampai hari ni aku gelak tak habis lagi.
Khamis, 7 Januari 2010
bujang terang tang tang tu
mana pergi nilai matawang yg aku bina selama ni? kalau tanya abang Naz TERJAH pun belum tentu dia boleh merungkai misteri ini.
tak apalah, perlahan lahan aku memulakan kehidupan aku sebagai orang bujang di rumah sewa yg berlagak ni.
cakap pasal rumah sewa, semangat nih balik awal dari ipoh ke puncak alam.
sial. tak pernah pernah aku paksa awek merah aku lari sampai 160 kilometriko sejam. ni suma gara gara nak kejar saga putih baru punya pasal. (member aku naik saga, aku naik motor)
rumah sewa aku jugak la penyejuk hati.
- ada TV yg boleh padam sesuka hati tanpa amaran. sekarang dah elok
- ada mesin basuh yg bocor, tapi sekarang dah elok jugak
- ada arial TV yg terjunam hingga aku turun padang ke atas bumbung
- ada pemanas air automatik yg sangat canggih
- ada pintu pagar auto tapi sekarang dah rosak
- ada kabinet dapur yg dah redi untuk keperluan makanan budak bujang
- macam macam ada.
sikit hari lagi, tunggu la.
mengikut perkiraan yg sedang dirancang, rumah ni bakal ada:
- wifi paling laju di puncak alam
- astro pakej penuh.
- kolam renang yg boleh direnangi
- orang gaji
- TV plasma
- peti penyimpanan makanan
- pondok pak gard
- anak gadis jiran jiran. hei hei.
tak mustahil, aku percaya!
Langgan:
Catatan (Atom)