Jumaat, 22 Januari 2010

situasi---bukan nyanyian bunkface.





maka dengan ini, bermulalah babak babak hitam di dalam kamus hidup seorang aku.


bagaikan tersepit antara dua benua. setiap tindak tanduk perlulah diatur dengan kemas dan bijak.


ya. kemas dan bijak.



tapi, kadangkala kealpaan yg setebal satu sel, boleh membaham diri sendiri.


lihat bagaimana sikap optimis boleh menyebabkan seseorang itu didalangi situasi yg, yg sebenarnya sangat sangat tidak dipinta, digeruni, dan tak ingin dihadapi sendiri.


tak ada sapa pernah buat. hanya aku...,



selamba...




hari itu hari malang aku.

hari itu hari aku bergaduh sama itu merah punya awek.

hari itu aku hilang segala keriangan yg sebati dengan aku.



dari jauh aku sudah nampak lambaian manja lemah gemalai jari jemari pak gard tanda mahukan aku berhenti.


berhentilah aku tanda hormat akan beliau.


dan, tanpa diduga (dah duga dah pun sebenarnya) selamba motor merah aku mati enjin.

"eh apahal pulak motor ni..." (pura pura cemas)--- nampak tak saspen kat situ?


setat setat banyak kali tapi tak hidup hidup jugak. pura pura tenang.


lantas si pakgard bertanya,

"kenapa dengan motor kamu?"

pantas aku menjawab seperti seorang yg menekan buzzer untuk menjawab kuiz,

"motor ni memang macam ni. problem sikit."

rupanya pak gard itu lagi selamba daripada aku,

"habis minyak tu...."


perghhhh......rasa macam nak sorok muka ni di bawah telapak kaki ibu.

perghh...padu sial. memang tepat setempek kat muka.

awal awal lagi aku dah tau. mana nak sorok kemaluan agaknya ye?


macam mana setel benda habis minyak tu, aku tak nak cerita. nanti ada yg kata cerita ni boleh ganti slot Nur Kasih pulak.

simpan air mata kalian untuk benda yg lebih bermoral.


___________


minyak moto habis tengah jalan. apa rasionalnya?

apa salahkah aku kerana memiliki sikap yg optimis?

"rilek r bai. motor tu minyak banyak lagi. jauh lagi boleh pacu tu..."

walaupun jarum dah lepak bawah daripada E. (E for Empty)


salah! sebab semua bukan salah aku.

semua salah penaja biasiswa yg cukup prihatin. kalau aku bukak wolet, duit ada dalam tu, benda benda macam ni takkan terjadi.


penaja biasiswa ni pun satu hal. kata bodo karang marah, kata stupit karang gelak.


___________


di suatu situasi yg laen..

kad matrik aku pulak hilang. yg ini memang penyedap rasa la.

walaupun jarang memakainya, tapi aku cukup pantang kalau harta kepunyaan sendiri ghaib secara tiba tiba.


nak pergi buat baru? tunggu la bila aku mendapat petunjuk untuk dibukakan pintu gate hati ni.



__________


potostat satu hal. asal pegi potostat je, muka aku.

banyak sangat nota untuk sekelas ni.

mungkin aku bakal tercalon untuk ABPPBH kot. siapa tahu?

(anugerah bintang paling popular pernah buat hal.)


dah berhari hari potostat siap, tak ambik ambik lagi.


duit tak ada bai. tangguh dulu... makcik yg panggi aku "Jikeril" pun pasti menegur kalau nampak kelibat aku di kawasan potostat itu.

oh ya, begitu juga akak kedai makan yg entah kenapa, terkena penyakit tak-boleh-nampak-aku-kalau-tak-pasti-tegelak.


dia boleh bantai gelak masa nak amik order. tak pernah mempertimbangkan langsung samada aku serius atau tidak masa itu.

spesis yg ni aku baru jumpa pertama kalinya dalam hidup yg 21 tahun ni.


pesen tak ada ribut taufan, tiba tiba gelak nampak aku. kena sihir ke apa entah.



____________


sekarang ni tengah berhutang sana sini keliling pinggang. terima kasih dunia slim. mujur pinggang aku slim je.



bukan aku tak ada mak bapak. cuma sebagai anak lelaki sulung, sampai satu tahap tu kita akan sedar yg kita tak boleh terlalu bergantung pada orang tua kita. walau seteruk mana situasi kita hadapi, adalah tenang jika tidak bergantung kepada mereka. lagi lagi soal kewangan. aku dah melepasi jauh tahap itu. mungkin memang dididik begitu.


dan, paling merisaukan........... mana nak gantung baju, hanger dah habis.




2 ulasan:

...sarah n... berkata...

ko punya hanger habis sebab baju semua gantung sebab takde duit nak masuk mesin ke bhai?

fauzanajohari berkata...

hoooo~~
tp ak rase kalo penyakit tgk-muka-ko-nak-gelak tue...cm xpelik~:D