Jumaat, 26 Mac 2010

pesta babikiu di Bukit Belacan.



pesta air.




babikiu.




menyusun arang mengikut tema.




antara pejalan kaki yg terlibat.


_______________




inilah destinasi pelancongan seterusnya yg berjaya diterokai. Bukit Belacan. atau nama lainnya, the Belacan Hills.


mengikut perancangan, terdapat pesta babikiu yg bakal berlangsung. jadi, pada hari kejadian, aku dan rakan rakan bangun pada awal pagi untuk menyediakan peralatan dan resipi pemerapan ayam yg bakal di babikiu kan. pukul 10 masih dikira sebagai awal pagi bukan?



setelah membeli belah di pasar basah, atau lebih tepat lagi, di kedai runcit basah, maka aktiviti membuat ramuan pun bermula.



Daus ditugaskan untuk memandikan ayam serta mengeluarkan segala lemak lemik ayam, manakala Zahidun pula bertindak sebagai mesin pemotong bawang manual.


berbekalkan lesung batu bersaiz S, aku menumbuk segala bawang, halia, serai dan lain lain secara berperingkat peringkat. Zahidun disebelah terlalu sebak mungkin, melihatkan usaha aku yg bersungguh sungguh menumbuk bawang, sehingga air matanya berlinangan tanda terharu. ini memaksa beliau untuk menyarung kaca mata hitam Ray-Ban bergaya Mando Diao.


setelah penat, tugas aku diambil alih oleh saudara Faridun yg sambil sambil menumbuk bawang, masih mampu membuat esaimen.


________________



setibanya di Bukit Belacan, kami mencari lokasi terbaik untuk dijadikan port. dan pada jam 4 petang, upacara menghidupkan api pun bermula. tahniah, suatu perancangan masa yg baik!



2 ekor ayam dibekalkan untuk pesta babikiu ini yg dihadiri oleh 8 orang. dan ada juga segelintir ketulan ayam berkulit gelap, bukan disebabkan hangus, tetapi mungkin diimport dari Afrika. namun, itu semua tidak menjadi masalah kerana masing masing beperut naga.


setelah puas bermandi manda dan kencing di dalam air, maka semua pun mulalah berkemas kemas untuk pulang. ketika sedang menyalin pakaian, ternampak kelibat seekor ular pokok yg sedang menyeberangi air. betul betul di tempat mandi kami tadi.


masing masing tecengang dan mengeluh. mujurlah kami semua sudah beransur daripada mandi, jikalau tidak, pasti menu babikiu kami bertambah.





seperkara lagi, jangan tanya aku bahawa disana ada belacan atau tidak. faham?