Isnin, 12 Julai 2010

duit?


sebenarnya apa kepentingan duit kepada manusia? kerana duit, manusia sanggup berbunuhan. kerana duit juga manusia sanggup melakukan apa sahaja. dan bila sudah ada duit, kamu fikir apa yg akan manusia lakukan dengannya?


sesetengah orang berpendapat bahawa duit mampu menyelesaikan segala masalah. ada juga berpendapat bahawa duit boleh membeli apa sahaja keinginan untuk kamu terus hidup di dunia ini. duit juga mampu memberikan kemewahan dunia kepada seseorang itu.



tapi, kamu rasa adakah semua ini betul? adakah duit merupakan penyelesaian utama kepada majoriti masalah yg kamu hadapi hari ini?




senang cerita, tanpa duit siapalah kamu. betul tak?



kamu sedar tak sedar yg orang yg hidup susah dek kemiskinan yg melanda adalah seribu kali lebih mulia daripada orang yg mencuri, merompak, rasuah, berjudi, minum arak, berzina, langgar lari, subahat, fitnah, tak mandi wajib, tak puasa, merempit, merogol, buat tatu, dan menyeluk saku. kamu sedar tak?




sudahla. tak guna pun merungut pasal duit panjang panjang.





kamu dapat bayangkan tak betapa malunya bila kamu ke mesin ATM, dengan keyakinan penuh yg gaji kamu sudah melimpah ruah di dalamnya, tiba tiba kamu hanya dapat mengeluarkan RM10 sahaja sebab gaji kamu yg kamu harap harapkan itu belum masuk lagi.

oh, ia sebenarnya menjadi lebih rumit lagi bila orang yg beratur di belakang kamu sudahpun melihat kamu menarik keluar sehelai helaian bewarna merah lalu dimasukkan ke dalam dompet kamu.


kamu akan berasa seperti mahu meletakkan muka kamu di bawah paras lutut pada ketika itu.






aku sudah merasa, kamu semua bila lagi?



1 ulasan:

she-G berkata...

owh...lelaki salu tak simpan slip kan???besakan simpan so tak de la kene gitu..walopon trase gaji akan masuk tp kalo jadik cam awak..leh la akber..kalo tak jgn pergi kat atm sekadar nak wat kua resit sepah2 je..hehehe