Ahad, 18 Julai 2010

PahitManis.


aku ke Sunway haritu. niat untuk menemani rakan membeli tiket MTV pentas duniawi. kali ini melibatkan Keti Peri, Bangfes, Wandegel, dan Tokio Hotel. tapi aku tidak ambil tiket itu, sebab takut pitam kalau ramai ramai sesak sesak.


tiba tiba aku dikejutkan dengan bunyi bunyi yg agak femiliar. peh, tak sangka boleh jumpa kawan kawan lama orang ipoh di sana. mereka sedang mendendangkan lagu Burn Berlin Down masa tu.


lepas layan lagu Entitled, ada tiga lagi lagu baru yg mereka dendangkan. boleh la aku ambil sedikit seru daripada mereka untuk persediaan menjelang 24 haribulan nanti. aku ingin lakukan yg terbaik bersama Made Faker juga.





masa ni aku tengah nak cari masjid, tiba tiba nampak mereka melepak lepak di luar.


bila orang ipoh jumpa orang ipoh, macam ni lah jadinya.



1 ulasan:

nisa.zaidan berkata...

perghh..bittersweet!! kim salam kat pijie =p