Khamis, 5 Ogos 2010

aku dan dia.



aku ada hanya dia seorang. bila aku berduka, aku tak pernah beritahu dia. bila aku gembira, dia pun tak pernah tahu sebab aku tak pernah beritahu dia.



tapi aku banyak belajar tentang hidup ni. tentang sekeliling. semua dari dia. walaupun secara tak langsung.



bila berdepan dengan dia, aku tak banyak bercakap. sebab bila aku bercakap, dia kurang responsif. tapi itu tak menunjukkan yg dia tidak pedulikan aku.



bila aku mesej panjang lebar kadang kadang, dia hanya balas "ok" dan "tq" sahaja. kadang kadang skrin kosong je. mungkin talifon dia terlalu canggih untuk dia gunakan.



bila marah, dia memang garang. bila berlawak, dia masih no.1



mata dia sungguh tajam, memandu dalam keadaan hujan dengan menggunakan kuasa waiper paras 1 walaupun titisan hujan dah melebihi tiga titik.



ya, aku akui walau hubungan kami tidaklah serapat mana, tapi aku masih dapat rasakan kasih sayang darinya.




klon terunggul.




selamat hari lahir ke 45 ayah.



bila calit tiga di lengan nak naik kepada pangkat di bahu?



3 ulasan:

she-G berkata...

ayah kamu kerja berpakaian seragam eh???wah...mesti anak die nakal..hahaha
tak tau nape tp besa gitu..bukan jahat tau..naka jeee

fauzanajohari berkata...

haha.btol2
muka garang.tp dgn slumber buat lawak. :)

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

like kate2 ko z....
menyentoh sungguh!!!~~~