Isnin, 2 Ogos 2010

niat itu penting, will power juga begitu.



dari semalam lagi aku memang dah niat nak poteng kelas hari ni. orang kata, niat malam tu afdal. macam niat puasa jugak la.



pagi ni aku tidur dengan tenangnya. tapi, jauh terpelusuk di satu sudut hati aku, masih ada will power untuk ke lab. lab dijadualkan jam 11.45 berdasarkan apa yg aku tahu. sebab aku memang tak akan pernah salin jadual kelas dan tak akan cuba untuk ingat pun.



orang putih kata, just go with the flow.


kalau orang melayu, hanya pergi mengikut arus peredaran zaman yg membawa kita bersama sama dengan orang lain untuk mencapai sesuatu matlamat itu. ok la, aku tipu. ambil 4 perkataan dari mula saja.



aku dah siap untuk ke lab. sampai di fakulti, lab tak ada. batal.



lebih manis lagi bila berselisihan dengan pensyarah yg aku baru sahaja ponteng kelasnya pagi tadi.



assalamualaikum!



salam diberikan dengan tenang, konon konon boleh mengelirukan beliau serta meyakinkannya bahawa aku pergi ke kelas pagi tadi.



walaupun senarai kehadiran dah jelas jelas aku tak sain.





2 ulasan:

~~NuR~~ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
~~NuR~~ berkata...

i like ur post..
sbb aku lg hebat dr ko..
hahahahaha...