Jumaat, 20 Ogos 2010

bayang bayang misteri nusantara.



manusia memang tidak dapat lari daripada bayang bayang sendiri, apatah lagi berjogging daripada bayang bayang sendiri. bila ada cahaya, bayang bayang pasti akan ada. mengekori kita kemana sahaja. itulah yg dipanggil bayangan sendiri. kemisteri yg tidak mungkin terpisah.


namun, wujudkah bayang bayang yg tidak bertuan? bayang bayang yg bergerak bebas sendiri tanpa bertuankan objek legap. wujudkah ia? persoalan ini timbul beberapa hari lepas. sedang aku, Farid SMJ dan Aban Pecah Rumah menaiki motor dikala malam hari. ketika itu, kami bertiga baru sahaja pulang dari mengopi di kedai makan.



suasana pada malam itu tidaklah sehening mana. lampu jalan masih lagi gah menyinari jalan jalan tar yg terdampar lurus.



tiba di suatu selekoh yg tidaklah begitu maut, dengan tidak semena mena seekor biawak melintas. pantas motor aku yg sedang bergerak stabil mendaki bukit, diperlahankan dengan menganjakkan gear kepada gear dua. sedikit tersentak dengan kehadiran biawak itu melintas jalan.



tanggapan positif yg diberikan ternyata meleset, apabila aku dapati bahawa yg melintas itu sebenarnya bukanlah biawak, juga bukanlah abah mahupun ibu biawak. objek yg 'bukan biawak' itu melintas dan setelah separuh jalan melintas, ia berpatah balik melingkar.



kali ini mirip mirip seperti seekor ular. ketika ini, motor yg kami naiki sudahpun semakin menghampiri ke arah objek yg 'bukan biawak' itu. ya, kelihatannya jelas sekali.



ianya bukanlah sesuatu yg legap. bermaksud, ianya bukanlah objek timbul kerana ianya semata mata bayang di jalanan. dengan pantas Aban Pecah Rumah melihat ke langit, untuk memastikan samada burung atau mungkin kelawar yg melintas lalu tanpa menggunakan jejantas.



panik semakin membuak buak bila langit tidak menunjukkan sebarang tanda tanda burung atau kelawar yg terbang. bayang itu tadi melingkar pantas ke tepi jalan dan terus lesap. adakah kemungkinan itu hanyalah haiwan haiwan yg diramal?



sekali lagi kecewa, bila melihat bahawa di tepi jalan sebenarnya terdapat pembahagi jalan. jadi, bagaimana kamu rasa binatang itu mampu lesap dengan pantas melalui pembahagi jalan?



masing masing tertawa riang,


"woi apa benda kita nampak tadi ha?"


"aku nampak bayang bayang je"


"aku ingatkan binatang melintas, tapi tak nampak pun binatangnya."


"aku tengok atas, takde pun burung lalu"



macam macam persoalan timbul dan terapung. misteri masih belum dapat dirungkai.



_______________



Aban Pecah Rumah menalifon aku, memberitahu yg dia baru sahaja eksiden motor. jatuh tergelincir ketika jalan licin disebabkan hujan. habis berbirat motor dia. aku tumpang simpati, takkan gembira pulak?



hanya beberapa hari selepas peristiwa itu.




semalam pula, aku nyaris nyaris tergelincir ketika menunggang motor di dalam UiTM. mujur dapat mengimbangkan semula motor walaupun hakikatnya tayar belakang motor aku sudahpun terseret laju ketika melayan lep. mujur,

aku bersyukur. dielakkan daripada terjatuh. aku lagi rela diri sendiri bercalar, daripada melihat keadaan awek merah sendiri yg bercalar balar. aku sayang dia. lebih.



jadi, apakah tindakan Farid SMJ?




ha ha ha. aku tak percaya benda ni, macam tak ada rasional je.


tapi, bulan puasa, yg kena ikat ialah setan. bukan bayang bayang. iye dak?






4 ulasan:

OrenLimau berkata...

eh?x faham.huhuhu
benda tu x wujud la?
pastu apa kena mengena ngn excident motor?

tikusmando berkata...

jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

KO JUMPA ANTU KE Z?????

tikusmando berkata...

hantu yg jumpa aku.