Ahad, 19 September 2010

rumah bujang yg berlagak, menerima kunjungan raya.



hari ini, rumah sewa kami menerima kunjungan tetamu tetamu yg disegani.



budak budak datang beraya. pintu pagar dan pintu depan rumah kami sentiasa terbuka untuk kunjungan mereka mereka ini.



enam orang semuanya, sekitar darjah 3 hingga darjah 6. duduk bersila malu malu sambil dihidangkan rambutan. kuih raya aneka ragam juga tidak terlepas untuk dihidangkan.



pun begitu, air minuman masih tidak dapat disediakan ekoran masalah pemanas air serta ketiadaan ais dan keadaan dapur yg memburukkan lagi keadaan. gila apa budak datang beraya nak jamu nestum?



sempat jugaklah berborak dengan budak budak tu.



"cita cita nak jadi apa?"



3 daripada mereka bercita citakan polis, manakala seorang menjadikan askar sebagai pilihan. dua yg lain masih belum memasang angan angan.



memang lumrah alam, budak budak lelaki mahu menjadi polis dan askar. mungkin kelihatan macho dan kool di mata mereka.



tiba tiba Hasif bersuara, "ada tak sapa sapa kat sini hisap rokok? ada bawak rokok lebih?".



soalan soalan yg lain yg turut menjadi isu adalah "ada kakak tak? ajakla datang beraya sekali",



"main mercun tak?", "balik kampung? kampung di mana?" dan lain lain lagi.



tapi, jangan main main. paing mengghairahkan ialah apabila mereka mendapat duit raya yg bersampul. siap salam cium tangan.



gembira juga rasanya bila ada yg sudi datang beraya. walaupun dalam rumah ada tiga biji motor, tilam kelamin di ruang tamu, karpet yg tersadai, tuan rumah yg berseluar pendek, berkain pelikat malahan ada yg tidak berbaju, dan pelbagai lagi karenah lain.



ingatkan nak mintak balik sampul duit raya tu, tapi, tak sampai hati pulak.




lepasni budak budak tu masing masing boleh beli basikal sorang satu.





5 ulasan:

OrenLimau berkata...

hohoho.
berapa RM duit raya dorang dapat?

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

bestnyer..........
nak raye uma ko z.....
servek...hahahah~~~~

tikusmando berkata...

tak baik megah megah pasal duit. yg penting keiklasan. keh keh keh.

...sarah n... berkata...

aku nak pi jugak la rumah kau! tapi, semua penghuni rumah kenalah bagi duit raya dekat aku. barulah balik modal datang jauh jauh.

tikusmando berkata...

ko nak datang ke? bgtau awal awal, aku nak setenbai karpet hijau.