Khamis, 21 Oktober 2010

abiliti bangun di pagi hari kian parah.




"sejajar dengan wawasan 2020 dan selari dengan tajuk diatas, maka marilah kita sebagai warga yg bersatu padu, untuk sama sama mengikis sifat tamakkan tidur dalam diri."


peh. kalaulah perdana menteri cakap macam ni, lepastu iklankan dekat tivi hari hari dan siap buat lagu yg boleh masuk juara lagu, memang aku semangat punyalah!


sekarang ni gila punya susah nak bangun pagi. seolah olah tidur itu sesuatu yg terlampau indah. mimpi mimpi yg mengulit tidur itu terlalu keras menahan aku daripada terjaga. walaupun aku tidak ada mimpi mimpi indah seperti orang lain yg sedang hangat dilamun.


mungkin badan terlalu letih, dan tidur tak pernah cukup agaknya walaupun bangun hari hari dah cecah tengahari.


sekarang ni sapa sapa yg tau penyelesaian terbaik, tolonglah kongsi. aku tak mahu perkara ni kian berleluasa. bukan Kian Mawi.



tapi, kalau ada sapa sapa yg sudi nk ajar aku macam mana nak kawal mimpi di dalam mimpi di dalam mimpi macam cerita Inception tu pun dialu alukan jugak.



satu je dalam kepala aku sekarang. aku nak seting subwoofer aku supaya boleh set alarm yg bukan sahaja mampu berkokok di pagi hari, namun mampu kejutkan satu taman perumahan ni. murni bukan niat suci aku?



satu lagi, kalau ada sapa sapa yg asyik asyik bangun awal, lepastu dah tak boleh tido dah, bolehlah rujuk pakar pakar macam aku. sebab dalam rumah ni, ada sorang mamat tu selalu bangun awal, lepastu memekik dengan subwoofer dia sambil buat kerja. tunggu masa nak lempang je.





3 ulasan:

cik 18 berkata...

ko azan arr pagi sambil ajak menunaikan solat subuh berjemaah di masjid..lagi niat murni..

pandangan terpuji berkata...

sgt mengenali yg akhir itu. haha.

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

aku pon rase cm knal mamat kt bwh tu....hahahah~~~

z, aku rase ko kna ltak speaker azan dr surau dkat tuh ltak dlm blik ko...klw xbngn gak xtaw la aku...huuhu~~~~

:')