Khamis, 28 Oktober 2010

dari kerana rambut.




dunia ni jadi susah juga sebenarnya bila wujud manusia manusia yg sudah ada kerja sendiri, namun masih sibuk untuk melakukan tanggungjawab atau kerja kerja orang lain.



sebagai contoh, orang yg kerja sebagai tok mudim, sibuk nak menikahkan orang. takpun, orang yg kerja jahit kasut, tiba tiba nak jadi tukang masak.



itu tak apa lagi, sekarang ni yg masalahnya, kalau dah tugas tu menjaga dewan peperiksaan, tak payahla bertekad dan bersungguh nak saman orang.




aku punya rambut baru panjang sejengkal, belum panjang sedepa lagi. menyirap. benda benda macam ni memang menyirap.



fokus dan kelajuan menulis aku yg hampir mencecah setengah kilometer per saat, terganggu. kenapa lelaki tak boleh simpan rambut panjang? tapi perempuan boleh. kalau kau orang lelaki, kau orang patut memahami aku. kalau kau orang perempuan, kenapa perempuan tak boleh simpan misai panjang? faham faham sendiri.



sekarang ni nak potong ke tak? ada lagi dua subjek lagi. kebarangkalian nak menghadap beliau mungkin mencecah 50.76%.



kalau potong, rugi. tak potong, saman. kalau tatatertib, masalah juga tu. kenapa la tadi lupa nak pakai serban. silap betul.




tunggula final exam sem depan, aku datang dengan rambut yg cecah bukulali! heh. siap luruskan guna jari lagi.






6 ulasan:

lurunharima berkata...

wah sabar3~

pandangan terpuji berkata...

kalo pkai serban confirm b4 exam stat kene pangGil g depan bace doa.

::Cik Zatie:: berkata...

"sebagai contoh, orang yg kerja sebagai tok mudim, sibuk nak menikahkan orang"
.
.
.
errr..tok mudim tu bukan keje dia menyunatkan org ke.hehe

type error disitu..sibuk mengulangkaji pelajaran atau menyikat rambut dengan jari barangkali :p

tikusmando berkata...

cik zatie kena baca entri ni dengan cermat, sekali lagi. :)

a.r.e.p a.h.m.a.d berkata...

heheheh~~~~~

OrenLimau berkata...

hahah.jgn potong!
ko sepak2 jek die...ganggu konsentrasi jek